Tuesday, April 2, 2024
Terpaling
Saturday, March 23, 2024
Lurus
***Ali’Imran:67
“Ibrahim bukan Yahudi atau Nasrani..tapi dia adalah seorang yg lurus. Lagi berserah diri kepada Allah dan sekali-kali bukanlah dia termasuk golongan orang musyrik”
Lurus=jauh dari syirik dan kesesatan
***AliImran:95
“Maka ikutilah agama Ibrahim yang lurus”
Bila bersikap terbuka, dikatanya lurus.
Bila berbohong, dikatanya penipu.
Moga-moga kita termasuk dalam kalangan orang yang sentiasa berada di jalan yang lurus.
Monday, March 4, 2024
Content
Semoga dijauhkan daripada hidup berpaksikan hawa nafsu. Sebagai manusia yang matang, kita kena berfikir lebih dalam sebelum membuat sebarang kenyataan, perkongsian ataupun pendapat. Apa yang sesuai untuk dikongsikan ataupun tidak. Kadang-kadang takut juga kita salah pertimbangan.
Wednesday, January 3, 2024
Kalau
Kalaulah masa boleh diulang, nescaya takkan ada manusia yang buat silap. Semua mudah je nak masuk syurga. Dunia ni lah tempat ujian, baik ujian dalam bentuk kesenangan, kesusahan, bahagia, derita. Semua tu ujian. Dalam quran banyak Allah ingatkan pasal sabar dan syukur. Benda mudah tapi susah nak aplikasikan dalam kehidupan. Manusia sifatnya lemah, mudah untuk jatuh bila sesuatu tak jadi seperti yg diharapkan. Walaupun kita nampak sesetengah orang tu kuat, berani, berharta dan berpangkat macam mana sekalipun, dia tetap akan bergantung kepada satu kuasa. Kalau kita Islam, mestilah kita bergantung kepada Allah. Allah je yang tahu baik buruk kita. Dengan manusia selalu kita akan sorok kekurangan dan tonjol kelebihan, yelah nak nampak kita ni bagus.
Shame
Feeling of insecure / shame
Shame is like physical pain. Sakit yang dah luka dan bernanah tapi orang tak nampak.
Shame = fear of someone will see you less
Shame to be vulnerable to each other.
Kita selalu ada expectation terhadap pasangan masing-masing. Perempuan dengan lelaki bukannya kena compete each other, but to complete each other. Sebab tu kita kena tengok dari neraca Allah, bukan neraca manusia. Apa yang Allah tugaskan lelaki buat, apa yang Allah tugaskan perempuan buat. Walaupun tugas lain-lain, end up Allah berikan balasan yang sama. Perempuan jangan cabar tugas lelaki, dan lelaki jangan cabar tugas perempuan.
Friday, December 15, 2023
Before you judge
End of the year
Dearself ,
You fought your way back.
You just have to find out why.
Don’t allow yourself to feel bad.
You can’t thrown your life away just because of one mistake.
You’re on your own now.
Do not let people decide your future.
Celebrate the little things in life.
And always stay humble.
Be forgiving.
Be understanding.
But don’t be a fool.
Never blame anyone in life,
Good people give you happiness,
The worst people teach you a lesson,
And the best people,
Give you memories.
Do not take people’s words personally.
Their judgement is nothing compared to your pain.
Empathy and common sense will determine your worthiness.
Last but not least,
Kena pandai tapis apa yang terbaik bagi diri kau. Semua orang tak sama. Hanya diri kau saja tahu apa yang terbaik buat diri kau. Orang boleh mempersoalkan apa yang kau buat, end up kehidupan itu kau sendiri yang akan jalani hari-hari.
Sunday, August 6, 2023
Tadabbur
[Ar-mursalat]
Hari pengadilan…
Sunyi. Senyap membisu. Tapi di dalam hati gundah gelana. Tiada kemaaafan…hanya penyesalan.
Du-it-now.
Begin with the end in mind.
*******************************
[Al-falaq]
Hasad dengki.
Kita selalu doa supaya dijauhkan dari orang-orang yang berniat tidak baik terhadap kita…tapi kita lupa yang kita pun selalu tak puas hati dengan orang lain.
Ada satu je dengki yang boleh (Islam benarkan) iaitu dengki dalam berbuat kebaikan.
Friday, April 7, 2023
Nuzul Quran
Hiasilah perjalanan yang panjang, penuh ujian dan tidak pasti bila penghabisannya dengan iman, amal, niat yang ikhlas keranaNya.
Peluang Ramadhan datang sebagai bonus masa untuk kita melipat gandakan persiapan hati dan diri sehingga kita berjumpa dengan Allah dengan sebaik-baik pengakhiran.
Moga istiqomah dalam kebaikan.
Thursday, April 6, 2023
Lambat
[An-Nisa’:49]
Jangan pernah rasa diri kau suci sebab Allah menyucikan diri siapa yang Dia kehendaki. Jangan pernah rasa diri dah cukup solehah sebab kita tak tahu sejauh mana Allah redha dengan amal dan ibadah kita. Amal yang banyak belum tentu Allah terima. Jadi setiap hari adalah ruang untuk kita perbaiki diri sendiri. Belum terlambat lagi. Allah masih tunggu kita untuk benar-benar hidup keranaNya. Manusia boleh putus asa dengan kita, tapi Allah tak. He’s waiting for us. Keep doing good because Allah Ar Rahman Ar Rahim.
Monday, April 3, 2023
Hati
Hati ini ibarat raja bagi seluruh anggota badan. Kalau hati baik, maka baiklah apa yang dikeluarkan daripada mulutnya, dengar benda-benda yang bermanfaat, lihat benda yang elok-elok.
Kita tak boleh nak ubah manusia. Kita hanya boleh ubah diri sendiri. Hati manusia Allah yang pegang. Dialah yang ada kuasa membolak balikkan hati.
Saturday, February 11, 2023
Jangan
Jangan berhenti jadi baik, jangan berhenti buat baik dan jangan berhenti doakan kebaikan. Jangan pernah hukum kesalahan orang lain, tegur boleh, hukum jangan. Sebab kita takkan pernah tahu sebesar apa ujian untuknya dan betapa susahnya dia untuk tetap istiqamah. Tak perlu pun memburukkan orang lain sebab nanti buruk diri sendiri pulak yang keluar.