Saturday, June 22, 2024
Pengorbanan Ismail
Sunday, June 9, 2024
Dulu dan kini
Kita selalu diingatkan dunia ini ibarat roda….kejap kita di atas, kejap kita di bawah.
Dulu ramai sayang, hari ini asyik dibenci.
Dulu rapat macam belangkas, hari ini lalu sebelah pun tidak bertegur.
Dulu disanjung, hari ini dipinggirkan.
Dulu hidup mewah, hari ni nak sedekah pun kedekut.
Sebab tu..jangan berlagak.
Kerana dunia ini serba serbi tiba-tiba.
Tiba-tiba kaya. Tiba-tiba miskin. Tiba-tiba sakit. Tiba-tiba mati.
Sunday, June 2, 2024
Batas
Aku tak suka gaduh. Kebanyakan masa aku pilih untuk mengalah. Tapi aku pun manusia biasa, ada batas kesabaran. Aku tak kisah kau nak hina/maki/kutuk aku, aku boleh abaikan je. Tapi jangan kau nak petik atau libatkan keluarga aku. Perbuatan seseorang tiada kena mengena dengan orang sekeliling, tapi bagaimana hubungan dia dengan Tuhan.
Sunday, May 19, 2024
Label
Wednesday, April 10, 2024
Trend buka aib
Trending nombor satu sekarang ni. Semua masalah nak kongsi di media sosial dan semua keburukan orang yang nak dijadikan cerita. Tak pelik. Sebab lumrah manusia akan saling menyalahkan demi nak mempertahankan diri.
Tuesday, April 2, 2024
Terpaling
Saturday, March 23, 2024
Lurus
***Ali’Imran:67
“Ibrahim bukan Yahudi atau Nasrani..tapi dia adalah seorang yg lurus. Lagi berserah diri kepada Allah dan sekali-kali bukanlah dia termasuk golongan orang musyrik”
Lurus=jauh dari syirik dan kesesatan
***AliImran:95
“Maka ikutilah agama Ibrahim yang lurus”
Bila bersikap terbuka, dikatanya lurus.
Bila berbohong, dikatanya penipu.
Moga-moga kita termasuk dalam kalangan orang yang sentiasa berada di jalan yang lurus.
Monday, March 4, 2024
Content
Semoga dijauhkan daripada hidup berpaksikan hawa nafsu. Sebagai manusia yang matang, kita kena berfikir lebih dalam sebelum membuat sebarang kenyataan, perkongsian ataupun pendapat. Apa yang sesuai untuk dikongsikan ataupun tidak. Kadang-kadang takut juga kita salah pertimbangan.
Wednesday, January 3, 2024
Kalau
Kalaulah masa boleh diulang, nescaya takkan ada manusia yang buat silap. Semua mudah je nak masuk syurga. Dunia ni lah tempat ujian, baik ujian dalam bentuk kesenangan, kesusahan, bahagia, derita. Semua tu ujian. Dalam quran banyak Allah ingatkan pasal sabar dan syukur. Benda mudah tapi susah nak aplikasikan dalam kehidupan. Manusia sifatnya lemah, mudah untuk jatuh bila sesuatu tak jadi seperti yg diharapkan. Walaupun kita nampak sesetengah orang tu kuat, berani, berharta dan berpangkat macam mana sekalipun, dia tetap akan bergantung kepada satu kuasa. Kalau kita Islam, mestilah kita bergantung kepada Allah. Allah je yang tahu baik buruk kita. Dengan manusia selalu kita akan sorok kekurangan dan tonjol kelebihan, yelah nak nampak kita ni bagus.
Shame
Feeling of insecure / shame
Shame is like physical pain. Sakit yang dah luka dan bernanah tapi orang tak nampak.
Shame = fear of someone will see you less
Shame to be vulnerable to each other.
Kita selalu ada expectation terhadap pasangan masing-masing. Perempuan dengan lelaki bukannya kena compete each other, but to complete each other. Sebab tu kita kena tengok dari neraca Allah, bukan neraca manusia. Apa yang Allah tugaskan lelaki buat, apa yang Allah tugaskan perempuan buat. Walaupun tugas lain-lain, end up Allah berikan balasan yang sama. Perempuan jangan cabar tugas lelaki, dan lelaki jangan cabar tugas perempuan.
Friday, December 15, 2023
Before you judge
End of the year
Dearself ,
You fought your way back.
You just have to find out why.
Don’t allow yourself to feel bad.
You can’t thrown your life away just because of one mistake.
You’re on your own now.
Do not let people decide your future.
Celebrate the little things in life.
And always stay humble.
Be forgiving.
Be understanding.
But don’t be a fool.
Never blame anyone in life,
Good people give you happiness,
The worst people teach you a lesson,
And the best people,
Give you memories.
Do not take people’s words personally.
Their judgement is nothing compared to your pain.
Empathy and common sense will determine your worthiness.
Last but not least,
Kena pandai tapis apa yang terbaik bagi diri kau. Semua orang tak sama. Hanya diri kau saja tahu apa yang terbaik buat diri kau. Orang boleh mempersoalkan apa yang kau buat, end up kehidupan itu kau sendiri yang akan jalani hari-hari.
Sunday, August 6, 2023
Tadabbur
[Ar-mursalat]
Hari pengadilan…
Sunyi. Senyap membisu. Tapi di dalam hati gundah gelana. Tiada kemaaafan…hanya penyesalan.
Du-it-now.
Begin with the end in mind.
*******************************
[Al-falaq]
Hasad dengki.
Kita selalu doa supaya dijauhkan dari orang-orang yang berniat tidak baik terhadap kita…tapi kita lupa yang kita pun selalu tak puas hati dengan orang lain.
Ada satu je dengki yang boleh (Islam benarkan) iaitu dengki dalam berbuat kebaikan.