Saturday, June 22, 2024
Pengorbanan Ismail
Sunday, June 9, 2024
Dulu dan kini
Kita selalu diingatkan dunia ini ibarat roda….kejap kita di atas, kejap kita di bawah.
Dulu ramai sayang, hari ini asyik dibenci.
Dulu rapat macam belangkas, hari ini lalu sebelah pun tidak bertegur.
Dulu disanjung, hari ini dipinggirkan.
Dulu hidup mewah, hari ni nak sedekah pun kedekut.
Sebab tu..jangan berlagak.
Kerana dunia ini serba serbi tiba-tiba.
Tiba-tiba kaya. Tiba-tiba miskin. Tiba-tiba sakit. Tiba-tiba mati.
Sunday, June 2, 2024
Batas
Aku tak suka gaduh. Kebanyakan masa aku pilih untuk mengalah. Tapi aku pun manusia biasa, ada batas kesabaran. Aku tak kisah kau nak hina/maki/kutuk aku, aku boleh abaikan je. Tapi jangan kau nak petik atau libatkan keluarga aku. Perbuatan seseorang tiada kena mengena dengan orang sekeliling, tapi bagaimana hubungan dia dengan Tuhan.