Monday, January 28, 2019

MBM

Menyepi sekejap sebab baru habis program khidmat masyarakat dekat Kampung Padang Tembak, Lumut. Kami kena pusing satu kampung, sembang dengan orang kampung berkenaan masalah ekonomi & sosial dekat situ dan daripada situ kita pilih untuk memberi bantuan & sumbangan kepada yang memerlukan. Ada banyak aktiviti yang kita buat seperti pemetaan komuniti, tusyen rakyat, ceramah perdana, sukaneka, kenduri sekampung, turun sekolah menengah & rendah, srikandi dan banyak lagi. Sampai tak sempat nak jalan-jalan & berpangkor. 

Environment İslam di kampung ni quite okay tapi masih ada yang taksub dengan bomoh ni semua. Budak-budak kampung ni pun semua friendly, hari-hari excited nak tusyen rakyat. (Pi tusyen pun mesti nak ikut kami jalan kaki sekali). Dorang ni mcm ada satu spirit kuat nak belajar tau. Budak-budak ni kebanyakannnya takde gajet sendiri dan kampung ni memang ramai drug addict (sekarang dah kurang sikit). Budak-budak sekolah melepak tengah mlm tepi rumah tu perkara biasa.

Aku rasa part paling sedih ialah di mana kami kena pi ziarah insis (bagi bantuan) dan ada satu rumah tu makcik (kurang pendengaran) & anak (lumpuh) dia je tinggal kat rumah. Sebak rasa dan terfikir jugak mcm mana mak cik tu boleh kuat nak jaga anak dia.

Pastu ada jgk satu rumah yg kami pi ni, anak dia 3 org. 2 oku pembelajaran dan 1 sakit.  Makcik tu pulak ada sakit jantung. Tak boleh kerja kuat. So dia terpaksa beli ubat sikit-sikit sebab tak mampu.

Rumah seterusnya. Sakit hati rasa. Anak-anak dia langsung tak hiraukan mak dia yang sakit. Walaupun kami ada kat situ. Dahla pakcik dah 2 tahun tak kerja sebab nak jaga mak cik.

Hmm sebenarnya banyak lagi nak cerita. Tapi dah tak larat nak taip…

Wednesday, January 16, 2019

Matang pada rupa

Kenapa orang masih layan aku macam budak-budak? Oklah muka aku memang nampak muda tapi jiwa aku agak tua😅. 

Dan kepada makcik-makcik bawang janganlah bias sangat. Dan mulut tu jagalah sikit. Tahu nak ajak berborak tapi tulah kekadang soalan tu tak kena. Nasib baiklah kita ni tak ambik hati sangat.

Semalam aku dah decide yang aku takkan sambung belajar. Sebab study week membuatkan aku makin montel dan selalu migrain😩.

Tuesday, January 15, 2019

Last paper syndrome

Finally! Exam sudah habis! Last paper syndrome ni memang betul menguji keimanan Waktu tu lah lapar, ngantuk, pening ,loya semua! Alhamdulilah Allah permudahkan segalanya walaupun banyak goreng je hihi.

Aku tengok kawan2 yang lain dah habis exam semua layan drama & movie. Aku pulak layan drama tengah exam. Tak boleh fokus study selagi tak habiskan drama. Hihi 

Aku ni dah lah mudah terganggu lagi-lagi kalau orang tarik beg kuat sampai satu blok dengar, lepas tu orang sebelah baca nota kuat-kuat macam kau sorang je nak study.

Maka pengajaran kali ni tak nak tangguh-tangguh study, rajin pi kuliah dan tutor. (Azam semester depan)

Sunday, January 13, 2019

Tak suka

Banyak benda yang aku tak suka:


1) Copycats (asyik nak tiru je apa aku buat please get your own life)
2) Menunggu (don’t waste my time dude)
3) Memaksa (kalau aku dah tegur tapi tak nak dengar jugak lantak kau)
4) Bila plan last minute, lepas tu expect aku nak siap awal
5) Tikus! Haha siapa je yang suka
6) Cepat distract (act aku jenis yang susah nak fokus)

Friday, January 11, 2019

Memories of the Alhambra

Mula2 layan drama ni, memang best and amaze lah. Love everything- story plot, script, the cast and the country. Drama ni basically pasal augmented reality game. Waktu Hyun Bin masuk Alhambra tu aku jahil tentang sejarah Islam. Tahu pun sebab terjumpa post Farah Lee. Alhambra was a royal place by Yusuf I (sultan of granada).

Kita ni tengok drama layan buta-buta gitu je. Tak sedar pun ada terselit sejarah Islam dekat situ. Kalau kita belajar banyak pasal sejarah Islam, sure I’ll be the most proud muslim.

p/s: Kenapa Hyun Bin ni makin tua makin hensem ehh tak faham betul 

Quranic Circle

Hi! Nak cerita pasal kisah ahli ibadah yang mati dalam keadaan kufur sebab terpedaya dgn hasutan syaitan. Mula-mula tergoda lepas tu berzina lepas tu bunuh-membunuh pulak. Macam mana boleh jadi macam tu? Sebab HATI. Hati kalau tak jaga betul-betul, susah! Kau baik mana sekalipun, kau buat amal banyak mana sekalipun, tapi kalau tak jaga hati tak guna!

Sebab hati adalah lapisan yang paling dalam sekali. Dia macam nucleus cell yang ada 3 lapisan tu. Lapisan yang paling dalam tu akidah & iman, lepas tu lapisan luar tu baru nafsu, fikiran, akhlak, kelakuan dan sebagainya. Sebab tulah Rasulullah s.a.w mula berdakwah pun 13 tahun ajar akidah je, pastu baru ajar hukum, fiqh dan sebagainya. Sebab kalau takde akidah & iman yang kuat, memang susah nak terima hukum Islam!

Tarbiyah pulak ada 2 jenis iaitu tarbiyah jamaiyyah (usrah, daurah, rehlah) dan tarbiyah dzatiyah (belajar agama sendiri)

Tarbiyah=pendidikan

Dalam proses nak menuntut ilmu kena ada bimbingan orang lain jugak, tak boleh belajar sorang2.

Albaqarah:151 (Membacakan,menyucikan,mengajarkan)

Tujuan hidup

Assalamualaikum!

Pernah tak rasa stress sebab tengok orang lain lebih pandai, cantik, kaya, bahagia? Kenapa kita rasa rasa macam tu? Sebab kita compare hidup kita dengan orang tu, kita tengok orang yang lebih daripada kita, padahal ramai orang lain yang lagi susah daripada kita. Vibes Instagram macam tulah, people akan non-stop show off their wealthiness, happiness and so on. Not all you see on social media is truth. The truth is how we live our life. Contoh: Bergambar di rumah mewah, tapi sebenarnya bukan rumah dia. Banyak travel sana sini, beli kereta mewah, tapi susahnya dia nak bayar komitmen tu bank je tahu. Kita selalu tengok apa yang ada depan mata kita je iaitu wahan (dunia) dan kita kena tahu itulah punca kegemilangan Islam jatuh dulu! Semua sebab wahan (cintakan dunia).

Tahu bukan senang nak istiqomah, nak selalu ingat pada Allah tapi kita kena usaha & tahan nafsu sebab Allah dah cakap carilah jalan untuk mendekatkan diri kepadaNya dan berjihadlah di jalanNya, bermakna dalam nak mencari hidayah tu kita kena berusaha guys bukan setakat usaha nak berjaya dekat dunia je, tapi dekat akhirat jugak. Dan kena ingat selalu dunia hanya SEMENTARA. Ramai orang tahu, tapi tak sedar. Ada riwayat hadis kata ramai orang sebenarnya tidur, diorang hanya terjaga bila di dalam kubur. Nauzubillah. Semoga kita dijauhkan.

Allah kata manusia diciptakan dengan 2 tujuan iaitu beribadah kepada Allah dan menjadi khalifah. Jadi, whatever we do, niat kerana Allah dan menegakkan kebenaran. Macam mana nak menegakkan kebenaran? Amar makruf nahi mungkar (melakukan kebaikan dan menjauhi kemungkaran). Buatlah kebaikan walau sebesar zarah. Walaupun kutip sampah tepi jalan pun dah dikira sebagai khalifah la tu.

Thursday, January 10, 2019

Random thoughts

Selalu kalau balik kampung..mesti ada je terlintas dekat fikiran ni sambil termenung, berangan2 dalam bas, jadi waktu balik rumah time study week tu aku sempat la tulis what is lingering on my mind that day.

#1
Pada dirimu yang hatinya selalu berbelah bagi,
Runsing akan perkara yang belum terjadi,
Sibuk memikirkan perkara yang belum pasti,
Percayalah bahawa,
Ada bahagia yang tidak ternilai buatmu suatu hari nanti.

Bersyukurlah,
Dan janganlah kamu risau dan takut,
Kerna sesungguhnya rezekimu sudah ditetapkan olehNya.

#2
Bila ku jauh, selalu terkenang.
Bila ku dekat, selalu dibenci.
Bila ku tiada, baru disayangi.

Kadang-kala aku tertanya-tanya,
Kenapa Tuhan membolak-balik kan hati?
Sekejap rasa sayang, sekejap rasa benci.
Sekejap suka, sekejap tak suka.
Kita boleh jadi baik dalam sekelip mata.
Dan kita boleh jadi kejam dalam sekelip mata.
Dan anehnya, tanpa rasa sedar.

Aku baru sedar,
Yang selama ini aku ada penyakit,
Yang tidak suka diperhatikan,
Tidak suka menjadi tumpuan umum,
Yang hanya mahu bersendirian,
Dalam dunianya sendiri.
Aneh bukan,
Padahal manusia tidak boleh hidup bersendirian.

Satu saat,
Aku hampir putus asa,
Tatkala melihat orang lain lebih berjaya,
Aku selalu bertanya kepada Tuhan,
Bilakah pula rezeki aku?




2019 catch up!

Hi! Today I’m gonna share few things that I’ve achieved last year.

There were 5 things:

1- Internship DONE (eventhough not much experience I can learn but I build a pretty big networking there)
2- Got a car license! finally after 2 yrs of procrastination
3- Learning about Islam (Kak Sya introduced me to usrah & always bringing food for me)
4- I’m not scared of cats anymore! (Joyah’s existence make me love cats more)
5- Get close to my sister (We have a roller-coaster relationship since we were both in boarding school)

And my hope for 2019 are...

1- Live a healthy life (you are what you eat & read)
2- Time management (in terms of balancing time for programmes & classes)
3- Join a lot of activities & make new friends
4- To achieve Dean List! InsyaAllah:)
5- Hafaz short surah & deep learning about Islam

That’s all for now.