Wednesday, April 10, 2024

Trend buka aib

Trending nombor satu sekarang ni. Semua masalah nak cerita dekat orang. Semua keburukan orang yang dijadikan cerita. Tak pelik. Sebab lumrah manusia akan saling salah-menyalahkan. Yang saling bermaafan tu segelintir je. 

Semua benda nak share on public. Tak salah..cuma kalau netizen cakap macam-macam tu janganlah mudah melenting yaa. Dah awak sendiri yang nak kongsi, kan?

Tuesday, April 2, 2024

Terpaling

Manusia..
Dia terpaling tahu..pasal benda2 yang dia tak tahu.
Bila diberi penjelasan..dia tetap dengan bodoh sombong dia tu.

Lantak mung la✌🏻 


Saturday, March 23, 2024

Lurus

***Ali’Imran:67

“Ibrahim bukan Yahudi atau Nasrani..tapi dia adalah seorang yg lurus. Lagi berserah diri kepada Allah dan sekali-kali bukanlah dia termasuk golongan orang musyrik”


Lurus=jauh dari syirik dan kesesatan


***AliImran:95

“Maka ikutilah agama Ibrahim yang lurus”


Bila jujur, dikatanya lurus.

Bila berbohong, dikatanya penipu.

Padahal tak faham apa maksud lurus sebenarnya.


Bagusnya orang lurus ni. Orang akan tahu dia ni jenis susah nak menipu. Apa yang dia cakap tu betul lah tu. Lain pula dengan orang yang putar belit, apa sahaja dia cakap, orang susah nak percaya.


Tapi janganlah lurus sangat sampai semua benda kau nak cerita. Apa yang orang patut tahu, kau cerita. Apa yang tak perlu, rahsiakan lah. Yang makcik-makcik pun, dah kalau orang tak nak cerita tu, tak payah paksa ok?


Moga-moga kita termasuk dalam kalangan orang yang sentiasa berada di jalan yang lurus dan wafat dalam khusnul khotimah.

Monday, March 4, 2024

Content

Semoga dijauhkan daripada hidup berpaksikan hawa nafsu. Sebagai manusia yang matang, kita kena berfikir lebih dalam sebelum membuat sebarang kenyataan, perkongsian ataupun pendapat. Apa yang sesuai untuk dikongsikan ataupun tidak. Kadang-kadang takut juga kita salah pertimbangan. 

Wednesday, January 3, 2024

Kalau

Kalaulah masa boleh diulang, nescaya takkan ada manusia yang buat silap. Semua mudah je nak masuk syurga. Dunia ni lah tempat ujian, baik ujian dalam bentuk kesenangan, kesusahan, bahagia, derita. Semua tu ujian. Dalam quran banyak Allah ingatkan pasal sabar dan syukur. Benda mudah tapi susah nak aplikasikan dalam kehidupan. Manusia sifatnya lemah, mudah untuk jatuh bila sesuatu tak jadi seperti yg diharapkan. Walaupun kita nampak sesetengah orang tu kuat, berani, berharta & berpangkat macam mana sekalipun, dia tetap akan bergantung kepada satu kuasa. Kalau kita Islam, mestilah kita bergantung kepada Allah. Allah je yang tahu baik buruk kita. Dengan manusia selalu kita akan putar belit cerita yelah nak nampak kita ni bagus. Jarang-jaranglah nak jumpa manusia yang mengaku salah.

Shame

Feeling of insecure / shame

Shame is like physical pain. Sakit yang dah luka dan bernanah tapi orang tak nampak.

Shame = fear of someone will see you less 

Shame to be vulnerable to each other. 


Kita always ada expectation terhadap pasangan masing-masing. Perempuan dengan lelaki bukannya kena compete each other, but to complete each other. Sebab tu kita kena tengok dari neraca Allah, bukan neraca manusia. Apa yang Allah tugaskan lelaki buat, apa yang Allah tugaskan perempuan buat. Walaupun tugas lain-lain, end up Allah berikan balasan yang sama. Perempuan jangan cabar tugas lelaki, dan lelaki jangan cabar tugas perempuan.