Friday, December 15, 2023

Before you judge

Tak semua yang kau nampak tu betul. Kadang-kadang manusia cuba berselindung untuk nampak dia perfect. Tiada manusia yang nak tunjuk dia punya kelemahan.

Ada pelbagai ragam orang di social media.
Kemain selalu berkongsi tentang keagamaan tapi perangai macam hantu.
Kemain nak mengajar orang, tapi diri sendiri pun jahil.
Kemain mengata anak orang lain, tapi anak sendiri pun ke laut.
Kemain tunjuk kerjaya dan harta tapi bulan-bulan pening kepala nak bayar komitmen.
Kemain selalu berkongsi gambar keluarga dan kawan-kawan tapi sebenarnya banyak masalah dengan keluarga dan kawan-kawan.

Don’t judge a book by its cover.
Jangan mudah percaya what you see on the surface.
Sebelum nak hentam atau mengata orang lain, cermin diri sendiri dulu. 

End year

Dearself ,

You fought your way back.

You just have to find out why.

Don’t allow yourself to feel bad. 

You can’t thrown your life away just because of one mistake. 


You’re on your own now. 

Do not let people decide your future.

Celebrate the little things in life. 

And always stay humble. 


Be forgiving.

Be understanding.

But don’t be a fool.


Never blame anyone in life,

Good people give you happiness,

The worst people teach you a lesson,

And the best people,

Give you memories.


Do not take people’s words personally.

Their judgement is nothing compared to your pain.

Empathy and common sense will determine your worthiness.


Last but not least,


Kena pandai tapis apa yang terbaik bagi diri kau. Semua orang tak sama. Hanya diri kau saja tahu apa yang terbaik buat diri kau. Orang boleh mempersoalkan apa yang kau buat, end up kehidupan itu kau sendiri yang akan jalani hari-hari. 

Sunday, August 6, 2023

Tadabbur

[Ar-mursalat]

Hari pengadilan…


Sunyi. Senyap membisu. Tapi di dalam hati gundah gelana. Tiada kemaaafan…hanya penyesalan.


Du-it-now. 

Begin with the end in mind.


*******************************


[Al-falaq]


Hasad dengki. 

Kita selalu doa supaya dijauhkan dari orang-orang yang berniat tidak baik terhadap kita…tapi kita lupa yang kita pun selalu tak puas hati dengan orang lain.


Ada satu je dengki yang boleh (Islam benarkan) iaitu dengki dalam berbuat kebaikan.



Friday, April 7, 2023

Nuzul Quran

Hiasilah perjalanan yang panjang, penuh ujian dan tidak pasti bila penghabisannya dengan iman, amal, niat yang ikhlas keranaNya. 

Peluang Ramadhan datang sebagai bonus masa untuk kita melipat gandakan persiapan hati dan diri sehingga kita berjumpa dengan Allah dengan sebaik-baik pengakhiran.


Moga istiqomah dalam kebaikan.

Thursday, April 6, 2023

Lambat

[An-Nisa’:49]

Jangan pernah rasa diri kau suci sebab Allah menyucikan diri siapa yang Dia kehendaki. 

Jangan pernah rasa diri dah cukup baik or solehah sebab kita tak tahu sejauh mana Allah redha dengan amal-amal dan ibadah kita. Amal yang banyak belum tentu Allah terima. Jadi setiap hari adalah ruang untuk kita perbaiki diri sendiri. Belum terlambat lagi. Allah masih tunggu kita untuk benar-benar hidup keranaNya. Manusia boleh putus asa dengan kita, tapi Allah tak. He’s waiting for us. Keep doing good because Allah Ar Rahman Ar Rahim.

Monday, April 3, 2023

Hati

Hati ini ibarat raja bagi seluruh anggota badan. Kalau hati baik, maka baiklah apa yang dikeluarkan daripada mulutnya, dengar benda-benda yang bermanfaat, lihat benda yang elok-elok.

Kita tak boleh nak ubah manusia. Kita hanya boleh ubah diri sendiri. Hati manusia Allah yang pegang. Dialah yang ada kuasa membolak balikkan hati.

Saturday, February 11, 2023

Don’t stop

Jangan berhenti jadi baik, jangan berhenti buat baik dan jangan berhenti doakan kebaikan. Jangan pernah hukum kesalahan orang lain, tegur boleh, hukum jangan. Sebab kita takkan pernah tahu sebesar apa ujian untuknya dan betapa susahnya dia untuk tetap istiqamah. Tak perlu pun memburukkan orang lain…sebab nanti buruk diri sendiri pulak yang keluar.

Friday, February 3, 2023

Restart

Bermula daripada bawah itu tak senang. Kalau tak yakin dengan diri sendiri, kena yakin dengan Allah. Dalam hidup ni, tak semua benda yang kau nak kau akan dapat. Kalau Allah dah kata sampai situ je, so that’s it. Allah bagi, Allah ambik balik. Allah tak mungkin salah, baik atau buruk yang terjadi.

Friday, January 27, 2023

Niat

Lately ni aku perasan banyak sangat reels/stories influencer bagi infaq. Aku tak kata benda tu salah, baguslah kalau influencer tu niat supaya follower dia follow the good deeds. Tapi…kau tak rasa something wrong ke bila benda ni mcm dah berleluasa? Seolah-olah dah jadi mcm satu trend pulak. Hmm. Apa2 pun ia berbalik kepada niat, apa yang kita niat itulah kita akan dapat. 

————

Orang yang dalam hatinya hidup, jika letak di tengah lautan tetap dapat ikan hidup. Orang yang hatinya mati, carilah mcm mana sekalipun tetap dapat ikan mati. Sebab jiwanya kosong.

——-


Dalam hidup kita hari ni, 

Rumah semakin besar, orang makin tiada..

Pangkat semakin tinggi, kearifan semakin kurang..

Ilmu semakin tinggi, adab semakin kurang..

Melancong satu dunia, jiran sebelah rumah tak kenal..

Perubatan semakin canggih, penyakit semakin banyak..

Air semakin banyak jenis, air bersih semakin kurang..

Menuntut ilmu semakin mudah, guru semakin tidak dihargai..

Teknologi semakin canggih, aib dan fitnah semakin tersebar..

Kawan di media sosial semakin ramai, tapi kawan sejati semakin kurang..


——-


Just when you feel giving up on your duas, remember Allah’s promise when He says “I will provide for you from places you would have never imagined”. [65:3]

Saturday, January 21, 2023

2023

New journey to begin.

Kalau kita sibuk perbaiki diri kita, percayalah kita takkan nampak salah org lain.


Sunday, January 15, 2023

Reflection Part 2

Perpisahan sebenar bukan di dunia, tapi perpisahan sebenar bila seorang di neraka dan seorang di syurga. 


Yang dah lepas, moga menjadi kenangan dan pengajaran untuk kita terus langkah ke hadapan. InsyaAllah ada hikmah disebalik apa yang terjadi. Walaupun kadang-kadang rasa susah dan berat, takkanlah Allah Maha Sempurna nak jadikan hidup kita tunggang terbalik. 


Semoga Allah masukkan kita ke tempat masuk dan keluar yang benar.


Dan katakanlah (Muhammad): “Ya Tuhanku! Masukkanlah aku ke dalam urusan agamaku dengan kemasukan yang benar dan keluarkanlah (pula) aku daripadanya secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi Engkau kekuasaan yang menolongku”.  [17:80]

Thursday, January 12, 2023

Reflection Part 1

Nak jadi apa pun, it’s your choice. Sama ada nak jadi baik or jahat, pilihan di tangan sendiri. Kata-kata yang kita lontarkan itulah yang memcerminkan hati kita. Kalau betul baik, takkan terkeluar kata-kata kesat dan tidak baik. No one is perfect. Jangan rasa diri sentiasa betul dan orang lain salah. Kena tengok balik diri sendiri. Perangai aku macam mana? Mulut aku macam mana? Kita ni manusia biasa je. Tak payah berlagak sangat. Everyone ada pro & cons. At some point, humans can’t run away from doing mistakes. Walau beribu kebaikan yang dia buat pun orang terus lupa bila nampak one ‘big mistake’ dia. Kalau ada perangai yang tak elok pada diri seseorang dan ia bersifat dunia, percayalah ia ada tempoh/had. Sampai satu masa, ia akan elok balik. 


Kalau terlalu ikut amarah, manusia boleh buat apa saja. Benci, marah, dendam, gaduh. Tapi semakin banyak kita belajar pasal Islam, Rasulullah tak ajar kita jadi macam tu. Rasulullah tetap layan elok dan doa yg baik-baik dekat sahabat yang backstab dan hina dia. Punyalah beradab Rasulullah sampai mcm tu sekali. Makhluk yang paling mulia macam tu perangai dia…kita level yang tak berapa nak semenggah ni perangai macam mana? Ada orang kata tak payahlah compare level Rasulullah dengan kita manusia biasa ni. 


Above all, kita ni umat dia, bukan ke kita kena ikut dia? Kita jangan fikir kita ni hebat sangat dah tahu segalanya. Kita tak boleh hidup dengan imagination sendiri. Kena berlandaskan apa yang Islam ajar, baru lurus. Walaupun kadang-kadang kita ni manusia biasa terbabas daripada landasan, that’s why sesama muslim kena consistently remind to each other, mengobarkan semangat antara mukmin sebab sesungguhnya kita ni lemah, kita perlukan semangat untuk kita keep doing amal yang sangat penat dan lelah ni. 


I appreciate those yang keep bagi nasihat dan semangat pada diri ini. Words can’t change people, it will only kill you. Menegur biarlah dengan hikmah(ilmu), bukannya dengan emosi(kejahilan), takut yang terkeluar bukannya teguran tapi hinaan. Andai tak mampu menegur dengan lisan, cukup jadi contoh yang terbaik. Tak perlulah kita nak kata orang tu perangai macam munafik ke setan ke. Sebab kita pun belum tentu malaikat. Islam bukan sekadar hukum wajib, sunat, makruh & haram. Islam is way more than that.

Saturday, January 7, 2023

Him


Cintakan bunga akan layu,

Cintakan manusia akan mati,

cintakan Allah kekal abadi ,

itulah cinta , cinta yang hakiki ..


Cinta yg paling agung itu hanya layak utk Dia.
Sbb Dia tak pernah tinggalkan kita. 
Dia jaga kita drpd awal sampai akhir.
Drpd sekecil2 benda sehingga sebesar2 benda.
Tak terhitung berapa byk nikmat yg diberikan kpd kita.
Tak terkira berapa byk dosa yg Dia ampuni kita.

Di mahsyar nanti, org yg paling kita sayang tulah yg akan korbankan kita utk diri mereka. 

Akhirat tu tak terbayang how tremendous it can be. But surely no one can save us except for our ownselves.


“Sesungguhnya Kasih Sayang dan RahmatKu mendahului KemurkaanKu”.