Thursday, April 18, 2019

Ikhlas

Kepada penjawat awam yang dikasihi,

Tolonglah ikhlas sikit buat kerja. Jangan nak kira 'on time' balik sahaja. Buat kerja dengan bersungguh-sungguh barulah berkat. Orang sekarang tak peduli dah semua itu, fikir diri sendiri sahaja. 

'Gaji aku banyak ini sahaja, kenapa nak buat lebih?'

Sampai bila pun anda tidak akan berjaya jika anda mempunyai pemikiran sebegini. Anda akan sentiasa berada pada takuk yang lama kerana kejayaan hanya datang dengan usaha, pengorbanan, semangat dan kerja keras. 

Monday, April 15, 2019

Midsem break

Clean up your mess!
Dah guna pinggan,cucilah pinggan tu.
Dah bunuh lipas, buanglah lipas tu.
Dah tumpahkan air, cucilah air tu.

Semua benda ni common sense. Rumah ke,tempat kerja ke, kau kena buat mcm tu. Kau permudahkan kerja orang, Allah permudahkan urusan kau. 

Tolonglah jangan complain je lebih, tapi tak reti nak bagi solution. Bila orang suruh hg buat, bagi macam-macam alasan padahal hg tak tau buat. HANYA RETI SEMBANG. Benda ni mcm kau buat karanganlah, kau akan dapat markah penuh bila kau ada point cerita tentang masalah dan cara mengatasinya. Kalau tak lengkap, takkan dapat markah penuh. Sama jugak in real life. Kau dok complain orang tak buat itu ini tapi effort nak selesaikan masalah tu takde pun? Hanya untuk sesi luahan rasa dan berlalu begitu sahaja. Dan ulang balik perangai yang sama.

Dengki
Penyakit ni bukannya biasa-biasa tapi luar biasa! Kalau terdetik dalam hati pun boleh kena penyakit ain tau! Manusia ni dia suka compare apa yang dia ada dengan orang lain, bila dia tak dapat tapi org lain dapat haa mulalah. Kalau yang dasyat tu boleh jadi bomoh membomoh, membunuh dan macam-macam lagi.

Memaksa akan membuat org benci..
Mengharap akan membuat kita kecewa..

Halal
My whole perception berubah sekelip mata..kalau dh tak halal tu jangan dianggap halal!

Lecehlah kalau macam tu semua benda tak boleh. Tak semestinya takde tanda halal tu tak boleh pakai except kalau bahan organik memang betul 100% dari natural resources, yang itu boleh pakai.

Thursday, April 11, 2019

Tanggungjawab

Bila cakap pasal tanggungjawab...ramai org tak sedar yg dia bkn sahaja brtanggungjawab pada org atas TAPI brtanggungjawab juga kpd org bwh. Tak kisahlah kau pemurah ke, baik ke, kalau kau suka menyusahkan hidup org lain...end up tak guna amalan2 kau semua tu. Sbb apa? Sbb menyakitkan hati org lain. Sbb bila berkait dgn manusia lain, selagi dia tak maafkan kau, sia2 amal perbuatan kau selama ni. Sama mcm hutang jgk. Selagi kau xbayar hutang & pemberi hutang xredha dgn kau, kau rasa kau boleh dpt kerdhaan Allah? Fikir2lah sendiri. Byk je hadis yg brcerita pasal hbgn dgn manusia. Jaga hati, bayar hutang. Sbb manusia bkn tuhan. Dia ada emosi,hati,perasaan. Bkn senang2 je dia nak maafkan kau.

Kita asyik fikir benda yg simple, pi kerja & balik kerja ikut time. Asal aku ikut schedule masuk kerja aku,sudah cukup. Tak kisahlah kerja tak siap ke,tunggang langgang ke,asal wktu balik aku nak balik. Buat apa kerja teruk2 gaji sama je. Inilah pemikiran org2 kita. Asyik duk puji org jepun,uk,us maju TAPI bila jadi dekat diri sendiri tak sanggup nak kerja lebih. Apa ni? Bkn main lagi duk kutuk bangsa sendiri pemalas?! Haihh

Allah akan balas setiap kebaikan yg kau lakukan.

Tolak ansur

Bila sembang pasal kerenah manusia...MasyaAllah mcm2 perangai ada! Jenis xbagi signal, ckp putar belit, suka buat wayang, sombong, jenis yg pandang rendah kat org....tapi yg paling bahaya sekali mulut xde insurans! Ni bahaya wooo blh cari gaduh,bunuh-membunuh,main bomoh etc. Kadang2 manusia ni jenis xblh brtolak ansur...kita dh tau org tu panas baran, so apa yg prlu kita buat? Klu dh tau org tu jenis yg suka sembang, buat hampehh, so apa perlu kita buat? Klu dh tau org tu jenis yg suka duk mengajar org tapi dia xtara mana, so apa prlu kita buat?
Tak tahan-jauhkan diri drpd dia/elak jumpa trlalu kerap
Trpaksa brhadapan dgn dia-buat xlayan/bidas balik apa dia kata(dgn brdiplomasi la)

Senang kan? Asalkn ada rasa saling hormat menghormati. Jgn sbb benda yg kecil mcm ni, nak putuskan silaturahim. Dia tu makbapak kita,mertua kita, adik beradik kita,saudara kita. Hidup ni solutionnya kau kena brhadapan dgn masalah&kejahatan wlupun kau xtahan. Mungkin kau xnmpak faedah kau buat mcm tu skrg, tapi kau akan nmpak in the future kenapa kau prlu buat mcm tu skrg.
Mcm kisah rasulullah dlm prjanjian damai kaabah(blabla)

Org yg belajar&faham agama, dia akan buat mcm tu. Ni ilmu agama masih sekangkang kera, dah sembang serupa mcm dia ulama syeikh. Aku suka cara habib ali zainal abidin menyampaikan dakwah. Dia dakwah lebih kepada tauhid,akidah,akhlak. Sbb dia tau masyarakat skrg lack of moral. Mengaji banyak dah, moral haprak. Sbb apa? Even kalau kau pakar hadis quran sekalipun, tapi akidah xmantap pegangan xkuat, kepandaian tu akan menjadi kejahilan,bukannya kebaikan kepada agama,bangsa&negara.

Wednesday, April 10, 2019

Raya tak meriah

Sbb apa?

1) Sbb semua brgaduh. Nak dia je yg betul. Nak org dengar kata dia. Asyik pikir dia je yg baik,dia je yg betul. Complain3x. Haihhh dah tkde sifat tolak ansur,hormat,sabar,ikhlas,zuhud....

2) sbb semua busy dgn phone. Tkde talking point nak sembang dgn org. Lagi2 bila semua memilih nak bersembang dgn siapa. Yg penting selfie,sembang no 2.

3) bila dunia jadi matlamat. Bukan in the sake of ramadhan. Nawaitu nak tunjuk baju baru,handbag baru,makeup,henfon baru,rumah baru. Bukannya niat nak menziarah. Raya jadi no 1,tuhan no 2. 

Perkaitan manusia dan agama

Kenapa bila sebut pasal solat,kita selalu kaitkan dgn org alim & org masjid? Kenapa nak compare perangai org yg solat dgn kewajiban kita utk solat tu sendiri. Kenapaaaaaaaaaaa aku tak paham apa yg hg mau sebenarnya. Kaitan islam dgn Islam? Beza woi. Asal org nak buat baik, memperlekeh orang. Susah sebenarnya cakap dgn org mcm ni. Depa pikir depa je betui. Depa pikir depa je baik. Depa pikir depa je perfect xde salah langsung. Org2 mcm ni selalunya ego & panas baran,susah nak minta maaf,susah nk memaafkan org lain,hati gelap.

Bila hati dh gelap, susah utk terima apa org lain cakap. Susah nk terima hidayah & taufik tu sendiri. Agama tak salah sayangku. Yg salah pengamalnyaaaa. Jgn bagi alasan tak solat sbb perangai org lain.

Reminder #3

Your choice of spouse shapes your future. Thats why before married, find yourself first.

Kesilapan org skrg ialah bila dia pilih spouse based on emotion. Please go back to hadith, back to rasulullah.

Wayang

Apa yg kita tengok kat wayang tu lakonan semata2. Eventhough ada puak2 mengatakan it is adaptation from real life, but the fact is lakonan tetap lakonan. Ia hanyalah sebuah filem,drama yg tidak memberikan effect pun pada kehidupan kita. End up yg takkan memberi manfaat pada diri sendiri. Mungkin bila kita dah tgk suatu filem yg menginsafkan..kita terus insaf. Tapi, sekadar di situ sajelah, pastu buat balik. Sebenarnya bukanlah filem yg menjadikan kita insaf, it goes back to our iman.

Ok..apa yg aku nak highlight kat sini ialah masyarakat kita skrg ni byk wayang,byk berlakon. Baik di depan, mulut longkang di blkg. Baik dgn sesetengah org, zalim dgn sesetengah org. Bukan main, dgn org kaya&pangkat tinggi mengampu abih tapi dgn org bwh layan serupa mcm tong sampah. Klu hg baik, hg takkan memilih dlm brkawan, hg layan semua org sama je. Ni tak depan budak pandai&famous, uishh puji mcm2. Depan org yg tak bape nak pandai & xfamous ni, uishh perangai cam hareyy.

Please. Society skrg kuat mengampu. Kuat memuji. Allahu. Kita nak apa sebenarnya bila puji org byk2 ni? Nak tumpang famous dia ke? Kalau betul tu nawaitu hg, tolong simbah ayaq panas kat muka. Baru sedaq sikit. Hg ingat hg akan jadi famous bila puji byk2? Hg ingat dia akan ambik dia bekerja dgn hg bila puji byk2? TIDAK SAMA SEKALI RAKAN2. Ini based on my experience. Kaki pengampu ni takkan ke mana cuma mereka reti sembang tapi tak boleh buat kerja. Org kalau nak amik hg bekerja dgn dia, of course lah dia tengok hg boleh buat kerja ke tak, punctual ke tak, gaya sembang mcm mana, disiplin ke tak.

Tau tak sbb apa kaki pengampu ni takkan ke mana? Sbb dia mengharap kat manusia. Bukan tuhan. Tu sbb end up dia takdpt apa. Org yg dia selalu puji tu pun akan lupa kat dia. Sbb apa? Sbb awal2 lagi nawaitu dah salah.

Penat

Bila kita tengok mak ayah kita...kerja awal pagi, balik lewat malam semata2 nak memelihara kita...bagi makanan,pakaian,tempat tinggal yg selesa dan keperluan lain...penat....ingat kerja tak penat ke, sangat penat. Kadang2 bila berhadapan dgn kerja yang berlambak, masalah rakan sekerja akan membuatkan stress level kita meningkat. Kadang2 smpai terbawa ke rumah. Habis orang rumah yg kena balun. Rakan2..hidup di dunia ni mmg penat. Tak ada yg tak penat. Siapa yg kata hidup di dunia ni tak penat, maknanya something wrong with her life. Hidup bukan sekadar makan,berak,pi kerja,tidur je...kita ada tanggungjawab. Ingat balik tujuan hidup kita. Beribadah & amar makruf nahi mungkar. So..kerja atau tuhan no 1? Yes. Tuhan no 1. Kadang2 kita nak kerja mudah...gabung solat zohor&asar sbb senang xyah tanggal makeup byk kali. Payahla nak kena cuci makeup,buka tudung,touchup makeup balik..so senang bila solat zohor akhir wktu & solat asar awal waktu. Rakan2..itu adalah salah sama sekali! Mcm mana hidup nak berkat klu tuhan tolak tepi? Mcm mana rezeki nak masuk klu tuhan jadi no 2?
Aku perhatikan..perempuan zaman sekarang ni makeup tebal2 24jam...solat mcm mana tu? Kalau hg solat pun..masyaAllah susahnya nak buang&touchup balik. Kerja jadi renyah. Jadi susah. So kadang2 benda tulah yg membuatkan org lambat2kan solat,tertinggal solat,qada solat. Padahal islam xsusah pun. Solat 5waktu sehari xsusah pun. Rasa susah tu bila hg jenis keluar rumah mesti makeup. Tak tambah lagi bila hg lupa bwk makeup remover semua tu...dia jadi mcm"tkpelah aku qada jelah lagipun xbwk makeup remover mcm mana nak solat". Allahu. Cuba tanya iman kita, makeup ke solat lagi penting?

MLM

Haaa kali ni aku nak bidas geng2 network marketing yg belambak skrg ni yg kononnya mereka tu bukan MLM. Tolonglah aku nasihatkan kepada org2 susah di luar sana, jgn tunjuk kesusahan anda pada puak2 ni. Mereka akan ambil kesempatan dgn kesusahan yg kita alami utk tujuan business diorang. Hakikatnya join business ni akan membuatkan hidup hg brtambah susah klu hg xde modal byk. Penipu klu org tu kata business takyah modal. Saya ulang sekali lagi. PENIPU. Nak grow up your business must have a capital. Tanyalah mana2 org berjaya di dunia ni, diorang semua melaburkan duit yg banyak utk berjaya.
Lagi satu..puak2 ni jgk menggunakan cerita pi travel sana sini utk hg join business diorang. Padahal klu hg tengok balik, hidup diorang ni bknlah mewah mana pun. Ramai follower dkt fb dan ig tu pun semua fake. Paksa org komen gmba dia. Paksa org up post brg2 business dia. Kadang2 tu review yg depa post tu guna org lain punya review. Acah sembang wktu mula2 nak suruh hg join business dia habaq business xyah modal wei, kau follow je apa aku cakap. Pala otak hg! Selalu klu hg perasan org2 mcm ni tak ramai kawan, kawan selalu bertukar2 utk short term...bila jumpa org bru kenal pun minta no tefon? WTH? Lepas tu nak paksa org join business hg? Mcm mana hidup nk berkat klu menipu? Mcm mana hidup nak berkat klu asyik memaksa org?
Haihh la manusia..tak sedar ka yg hg dah menipu ramai org?? Mcm mana org2 susah yg hg bedal dulu tu? Hg nak jawab apa dgn tuhan oii?

Kalau hg nak berbusiness pun, cakap elok2. Be genuine. Be honest. Jgn paksa org. Org takkan marah dekat kau. Kau takkan merangkak cari org ni kat mahsyar esok. Sbb kau dah cakap jujur tentang pengalaman kau& kau tak paksa org tu utk join business kau klu org tu xmampu. Itulah sebaik2 cara buat business ye anak2 sekalian. Barulah business tu brkembang dan berkah.

Ilmu

Ilmu ni umpama lautan yg luas. Makin kau cari, makin banyak. Makin kau spread, makin brtambah. Tak salah nak menuntut ilmu ke liang lahad sekalipun...lagipun ia mmg tuntutan. Cuma...org sekarang otak makin membesar, hati makin mengecil. Seimbang ke? Tak kan? Sbb ilmu yg ada tu tak meresap dlm hati. Semuanya nk sumbat3x. Tak kisah perangai kau mcm dajjal, yg penting kau bijak, kau boleh berjaya, bila dh brjaya org akan hormat kau. Is that our matlamat? Kalau ya, theres something wrong with your nawaitu. Org skrg semua berlumba nak jadi bijak, bila jumpa dgn org bodoh, dia pandang rendah, rasa mcm dia tahu segala2nya.

Org sekarang asyik nak share benda2 gempak,latest news. Even benda tu kita xtau sejauh mana kesahannya. Jgn smpai nnti akhirat merangkak nak minta maaf dekat org lain gara2 post yg kita share tu. Sekarang...mmg la syok hentam org tu,org ni...tgk2 sebenarnya dia kena fitnah. Haih la wargamaya oii. Hg tak takut dosa ka? Mana prgi iman hg? Bila cakap pasal islam,iman, takwa...bukan takat solat pungpang2x ja makcik pakcik oii...dia adalah amar makruf nahi mungkar. Haihh klu zaman fitnah mcm ni pun kita xmmpu nak handle, apatah lagi zmn fitnah dajjal nnti. Lagi tenghokkk rasanya. Satu je nasihat aku, jgn trlalu cepat mmpercayai/menerima sesuatu. Selidik dahulu kebenarannya. Sekian. Yg penting jaga solat.

Akhlak yg semakin dilupakan

Semua org hari ni, bila berjumpa dan bersembang, isu semasa no 1. Tak tau isu semasa mcm kau agak ketinggalan dan org tak nak sembang dgn kau. Org nak kawan dgn kau bila dia rasa syok sembang dgn kau. Ditambah plk, kau mesti ada sense of humour, lagilah ramai yg suka berkawan dgn kau. Sampai kadang2 tu takde adab. Sembang rancak, lawak jadi no 1 berbanding adab. Apa yg keluar dari mulut kita nilah yg reflect apa yg ada dlm hati kita. Kalau hati kau busuk, of course mulut kau busuk. Jgn percaya sangat la dgn istilah mulut longkang, hati baik ni. Gaya cakap pun dah riak, apatah lagi dlm hati tu. Nauzubillah. Kalau kau jenis cakap sopan santun, lemah lembut, tak membawang, org jadi takut nak berkawan dgn kau. Sbb kau baik sangat. What the heck bro? Bkn kita hidup ni nak jadi baik ke? Its normality in our society. Thats why we have to break the normality. Elak mencarut/ guna negative words waktu bersembang, sembang benda2 ilmiah, jgn cerita buruk pasal orang, jgn menyakitkan hati org lain, sembang tak perlu acah2 pandai mcm kau sorang je yg tahu....but the most important thing is please be humble. Kena selalu ingat, kita ni bukannya perfect mcm rasul mcm tuhan. Jgn rasa mcm kita je betul, org lain semua salah. Kita punya salah kita tak sedar. Kita punya dosa kita tak sedar. Sebab tu kerja asyik nak salahkan orang je, sbb takde keberkatan dlm hidup. Apa yg kita fikir pasal org lain tu lah sebenarnya diri kita.

Lagi satu, tak perlulah nak bercerita sangat pasal kau guna handbag mahal, aset berjuta2...sembang mcm org takde akidah, bukan ke tu semua pinjaman milik Allah? Tolonglah bahasa kena jaga, jangan sampai apa yang kita cakap itu serupa dengan syirik,riak,takbur. Ramai org sekarang nak jaga standard, nak kawan dgn org2 kaya, org2 famous...please betulkan balik niat tu. Basic thing is kalau nak hidup kita berkat (jiwa tenang, segala urusan diprmudhkan, disayangi org sekeliling) semuanya bermula dripada niat. Kalau niat kita pun dah trpesong, mcm mana hidup nak berkat?! Kadang aku tengok org skrg nak kawan dgn org2 famous je..tapi haprak dia sendiri takdak kwn, hidup tak tenang.