Friday, May 3, 2024

King of red flag

1. Bila orang luar cakap buruk/maki/hina/caci pasal keluarga kau
2. Bila orang luar judge kau umpama dia dah kenal kau seumur hidup 

Wednesday, April 10, 2024

Trend buka aib

Trending nombor satu sekarang ni. Semua masalah nak cerita dekat orang. Semua keburukan orang yang dijadikan cerita. Tak pelik. Sebab lumrah manusia akan saling salah-menyalahkan. Yang saling bermaafan tu segelintir je. 

Semua benda nak share on public. Tak salah..cuma kalau netizen cakap macam-macam tu janganlah melenting yaa. Dah awak sendiri yang nak share, kan?

Tuesday, April 2, 2024

Terpaling

Manusia..
Dia terpaling tahu..pasal benda2 yg dia tak tahu.
Bila diberi penjelasan..dia tetap dgn bodoh sombong dia tu.

Lantak mung la✌🏻 


Saturday, March 23, 2024

Lurus

***Ali’Imran:67

“Ibrahim bukan Yahudi atau Nasrani..tapi dia adalah seorang yg lurus. Lagi berserah diri kepada Allah & sekali-kali bukanlah dia termasuk golongan orang musyrik”


Lurus=jauh dari syirik & kesesatan


***AliImran:95

“Maka ikutilah agama Ibrahim yg lurus”


Bila jujur, dikatanya lurus.

Bila berbohong, dikatanya penipu.

Padahal tak faham apa maksud lurus sebenarnya.


Bagusnya orang lurus ni. Orang akan tahu dia ni jenis susah nak menipu. Apa yang dia cakap tu betul lah tu. Lain pula dengan orang yang putar belit, apa sahaja dia cakap, orang susah nak percaya.


Tapi janganlah lurus sangat sampai semua benda kau nak cerita. Apa yang orang patut tahu, kau cerita. Apa yang tak perlu, rahsiakan lah. Yang makcik-makcik joyah pun, dah kalau orang tak nak cerita tu, tok sah lah dok paksa ok?


Moga2 kita termasuk dalam kalangan orang yang sentiasa berada di jalan yang lurus dan wafat dalam khusnul khotimah.

Monday, March 4, 2024

Content

Semoga dijauhkan daripada hidup berpaksikan hawa nafsu. Sebagai manusia yang matang, kita kena berfikir lebih dalam sebelum membuat sebarang kenyataan, perkongsian ataupun pendapat. Apa yang sesuai untuk dikongsikan ataupun tidak. Kadang2 takut juga kita salah pertimbangan. 

Wednesday, January 3, 2024

What if

Kalaulah masa boleh diulang, nescaya takkan ada manusia yang buat silap. Semua masuk syurga. So no point dunia ni kan. Dunia ni lah tempat ujian, baik ujian dalam bentuk kesenangan, kesusahan, bahagia, derita. Semua tu ujian. Dalam quran banyak Allah mention pasal sabar & syukur. Benda simple yet susah sangat nak apply. Manusia ni lemah, tend to break down bila benda tak jadi seperti yg diharapkan. Walau kita nampak certain orang tu kuat, berani, berharta & berpangkat tinggi mcm mana sekalipun, dia tetap akan depends on something. Kalau kita Islam, of course kita depends on Allah. Allah je yg tahu baik buruk kita. Dgn manusia ni selalu kita akan plot twist/defend diri kita yelah nak nampak kita baik. Jarang2lah manusia suka tunjuk the bad side of themselves.

Shame

Feeling of insecure/shame

Shame is like physical pain. Sakit yang dah luka & bernanah tapi orang tak nampak.

Shame=fear of someone will see you less 

Shame to be vulnerable to each other. 


Kita always ada expectation terhadap pasangan masing2. Perempuan dengan lelaki bukannya kena compete each other, but to complete each other. Sebab tu kita kena tengok dari neraca Allah, bukan neraca manusia. Apa yang Allah tugaskan lelaki buat, apa yang Allah tugaskan perempuan buat. Walaupun tugas lain-lain, end up Allah berikan balasan yang sama. Perempuan jangan cabar tugas lelaki, dan lelaki jangan cabar tugas perempuan. 

Friday, December 15, 2023

Before you judge

Tak semua yg kau nampak tu betul. Kadang2 manusia cuba berselindung utk nampak dia perfect. Takde manusia yg nak tunjuk dia punya weakness.

Ada pelbagai ragam orang di social media..
Kemain post semua islamic tapi perangai macam hantu.
Kemain nak mengajar orang, tapi diri sendiri pun jahil.
Kemain mengata anak orang lain, anak sendiri pun ke laut dalam.
Kemain show off kerjaya dan harta tapi bulan-bulan pening kepala nak bayar komitmen.
Kemain post keluarga bahagia tapi dalam rumah banyak masalah.

Don’t judge a book by its cover.
Jangan mudah percaya what you see on the surface.
Sebelum nak hentam atau mengata orang lain, cermin diri sendiri dulu. 

End year

Dearself ,

You fought your way back.

You just have to find out why.

Don’t allow yourself to feel bad. 

You can’t thrown your life away just because of one mistake. 


You’re on your own now. 

Do not let people decide your future.

Celebrate the little things in life. 

And always stay humble. 


Be forgiving.

Be understanding.

But don’t be a fool.


Never blame anyone in life,

Good people give you happiness,

The worst people teach you a lesson,

And the best people,

Give you memories.


Do not take people’s words personally.

Their judgement is nothing compared to your pain.

Empathy and common sense will determine your worthiness.


Last but not least,


Kena pandai tapis apa yg terbaik bagi diri kau. Semua org tak sama. Hanya diri kau saja tahu apa yg terbaik buat diri kau. Orang boleh mempersoalkan apa yg kau buat, end up kehidupan itu kau sendiri yg akan jalani hari2. 

Sunday, August 6, 2023

Tadabbur

[Ar-mursalat]

Hari pengadilan…


Sunyi. Senyap membisu. Tapi di dalam hati gundah gelana. Tiada kemaaafan…hanya penyesalan.


Du-it-now. 

Begin with the end in mind.


*******************************


[Al-falaq]


Hasad dengki. 

Kita selalu doa supaya dijauhkan dari orang2 yang berniat tidak baik/dengki terhadap kita…tapi kita lupa yg kita pun tend untuk dengki terhadap orang lain.


Ada satu je dengki yang boleh (Islam benarkan) iaitu dengki dalam berbuat kebaikan.



Friday, April 7, 2023

Nuzul Quran

Hiasilah perjalanan yang panjang, penuh ujian dan tidak pasti bila penghabisannya dengan iman, amal, niat yang ikhlas keranaNya. 

Peluang Ramadhan datang sebagai bonus masa untuk kita melipat gandakan persiapan hati dan diri sehingga kita berjumpa dengan Allah dengan sebaik-baik pengakhiran.


Moga istiqomah dalam kebaikan.

Thursday, April 6, 2023

Lambat

[An-Nisa’:49]

Jangan pernah rasa diri kau suci sbb Allah menyucikan diri siapa yang Dia kehendaki. 

Jangan pernah rasa diri dah cukup baik or solehah sbb kita tak tahu sejauh mana Allah redha dgn amal2 dan ibadah kita. Amal yg byk belum tentu Allah terima. So, setiap hari adalah ruang utk kita perbaiki diri sendiri. Belum terlambat lagi. Allah masih tunggu kita utk benar2 hidup keranaNya. Manusia boleh giveup dgn kita, but not Allah. He’s waiting for us. Keep doing good because Allah Ar Rahman Ar Rahim.

Monday, April 3, 2023

Hati

Hati ni ibarat raja bagi seluruh anggota badan. Kalau hati baik, maka baiklah apa yang dikeluarkan daripada mulutnya, dengar benda2 yang bermanfaat, lihat benda yang elok2. 

Kita tak boleh nak ubah manusia. Kita hanya boleh ubah diri sendiri. Hati tu Allah yang pegang. Dialah yang ada kuasa membolak balikkan hati.