Friday, February 15, 2019

Hijrah

Dalam nak mencari ketenangan, kedamaian-carilah islam..(islam=sejahtera=tenang) Allah akan menolong orang2 yg sentiasa mencari jalan utk dekatkan diri kepadaNya..jgn sombong, sbbnya org2 yg tak mengharapkan prtemuan dgnNya, Allah akan biarkan dia terus dlm kesesatan. Once again, Allah akan tolong jika kita cari(berusaha). Sbb tu, pentingnya istiqomah=consistency..bila jatuh, bangkit balik.. jatuh, bangkit lagi..

Iman vs sins

Cuti sem ni aku rasa macam dah ke arah futur. Kurang mengaji, kurang tengok ceramah, kurang baca buku. Tak produktif lah senang kata. Mungkin salah satu faktornya sebab takde mihrab dalam rumah, tak baca quran, tak solat, takde didikan tentang Islam, takde satu tempat khusus untuk dakwah dalam rumah.

Dakwah=mengajak orang mendekatkan diri kepada Allah

****

Setiap kali buat dosa dalam diam, remember that Allah always watching you. Malaikat always writing your sins. Syaitan always laughing at you.

Tuesday, February 12, 2019

Feeling down

Rasa down sangat sebab result makin lama makin teruk. Tak tahulah kenapa. Nak kata tak study, aku study. Nak kata tak boleh jawab, aku boleh jawab. Rasa macam the end of the world lagi-lagi bila compare result dengan kawan-kawan aku. Bodohnya rasa.

Thursday, February 7, 2019

22 and still searching for my inner self

Aku sedar yang kebanyakan kawan-kawan sekolah, matrik & universiti dah berjaya. Dah grad. Dah sambung master. Dah kerja. Dah kahwin. Sementara aku masih belajar dengan course yang makin lama makin aku tak minat sebab susah. Aku tak tahulah nanti nak kerja apa. Aku rasa macam takde future je dengan course ni. Cuma fikir nak bayar balik PTPTN je. Setahun lebih lagi. Huh. Tak sabar nak habis belajar. Malas dan penat. Mungkin sebab aku introvert. Tak confidence dan tak reti nak bergaul dengan orang. Kalau boleh nak buat hal sendiri je. Tak nak berjumpa dengan orang.

Setiap kali aku cuba nak jadikan holiday yang productive mesti tak berjaya. Semua sebab malas! Kalau dah malas memang tak jadi apa lah.

Sebelum cuti hari tu bukan main lagi list nak buat apa cuti 3 minggu ni. End up, I feel like not to do anything.