Wednesday, October 8, 2025

8/10/2025

Selalu ingatkan diri sendiri,

Jangan tutup periuk nasi orang.

Jangan balas bila orang berbuat jahat pada kita.

Jangan tamak & berlebihan memuji.

Sebab..itu kerja Tuhan, bukan kerja kita.


Jangan pernah merasakan dirimu penting dalam kehidupan seseorang, hati manusia boleh berubah-ubah, hari ni kau berharga esok boleh jadi tak berguna. Manusia hanya peduli padamu bila ia menguntungkan mereka.


Perbaiki niat…

“Jangan jadikan agama untuk baiki matlamat dunia, jadilah orang yang mengorbankan dunia untuk agama.”


Berharganya cincin bila letak di jari,

Berharganya emas bila jadi hiasan,

Berharganya mulut bila bercakap benda yang baik,

Berharganya hati bila semuanya kerana Allah.

Credit: Ustaz Don


Kalau kamu ada mimpi, jangan bunuh mimpi itu.

Kalau kamu ada cita-cita, jangan bunuh cita-cita itu.

Credit: ZRA