Aneh kan hidup ni..
Kita buat baik dengan orang yang jahat dengan kita
Kita berkorban untuk orang yang tak pedulikan kita
Kita berjuang untuk orang yang tikam belakang kita
Kita sayang orang yang tak ambil tahu pasal kita
Aneh kan hidup ni..
Kita buat baik dengan orang yang jahat dengan kita
Kita berkorban untuk orang yang tak pedulikan kita
Kita berjuang untuk orang yang tikam belakang kita
Kita sayang orang yang tak ambil tahu pasal kita
1) Surround yourself with good people - respectful and supportive.
2) Do a lot of self reflection.
3) Fix problems that are in your control and start appreciating life.
I’m not afraid pushing people away..
That are “full of bad vibes”.
If you want to be friend with me,
Don’t take advantage and treat me like absolute trash or nothing.
In the end of the day, you need to learn how to do things by yourself. If you’re gonna wait for someone to do things with you, you might end up not doing it at all. It’s okay to do things alone. Company is nice, but you would get to experience so many things and do more things that you like if you just have the courage to do it alone.
If you want to do something, just do it.
“Wahai orang-orang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.” [Albaqarah:183]
-Fasting is a bridge for you to achieve taqwa-
“Dan dia mengilhamkan kepadanya jalan kejahatan dan ketaqwaannya.” [AsSyams:8]
Taqwa=satu bentuk kebaikan. Jadi benda itulah yang akan menggerakkan anggota badan kita untuk buat benda-benda baik.
Puasa=mengajar kita disiplin dengan waktu, ibadah, nafsu dan keinginan.
Dunia ini indah=nak mengumpat, berjimba, membazir senang sangat. Jadi ramadhan ajak kita untuk berkata baik-baik, buat benda-benda yang bermanfaat dan membeli apa yang perlu.
Dalam bulan ramadhan juga diturunkan Alquran. Tanpa Alquran , manusia takkan tahu mana yang betul dan salah. We are nothing without it.
Orang yang fakir atau miskin adalah orang yang tiada amal.
Nafkahkan harta walaupun dalam keadaan susah atau senang.
Alquran untuk semua.
Bukan untuk orang Islam sahaja.
“Kamu sekali-kali tidak akan sampai kepada kebajikan yang sempurna sehingga kamu menafkahi sebahagian dari harta yang kamu cintai. Apa saja yang kamu nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahui.” [Ali Imran:92]
Kita selalu diingatkan dunia ini ibarat roda….kejap kita di atas, kejap kita di bawah.
Dulu ramai sayang, hari ini asyik dibenci.
Dulu rapat macam belangkas, hari ini lalu sebelah pun tidak bertegur.
Dulu disanjung, hari ini dipinggirkan.
Dulu hidup mewah, hari ni nak sedekah pun kedekut.
Sebab tu..jangan berlagak.
Kerana dunia ini serba serbi tiba-tiba.
Tiba-tiba kaya. Tiba-tiba miskin. Tiba-tiba sakit. Tiba-tiba mati.
Aku tak suka gaduh. Kebanyakan masa aku pilih untuk mengalah. Tapi aku pun manusia biasa, ada batas kesabaran. Aku tak kisah kau nak hina/maki/kutuk aku, aku boleh abaikan je. Tapi jangan kau nak petik atau libatkan keluarga aku. Perbuatan seseorang tiada kena mengena dengan orang sekeliling, tapi bagaimana hubungan dia dengan Tuhan.
Trending nombor satu sekarang ni. Semua masalah nak kongsi di media sosial dan semua keburukan orang yang nak dijadikan cerita. Tak pelik. Sebab lumrah manusia akan saling menyalahkan demi nak mempertahankan diri.
***Ali’Imran:67
“Ibrahim bukan Yahudi atau Nasrani..tapi dia adalah seorang yg lurus. Lagi berserah diri kepada Allah dan sekali-kali bukanlah dia termasuk golongan orang musyrik”
Lurus=jauh dari syirik dan kesesatan
***AliImran:95
“Maka ikutilah agama Ibrahim yang lurus”
Bila jujur dan bersikap terbuka, dikatanya lurus.
Bila berbohong, dikatanya penipu.
Moga-moga kita termasuk dalam kalangan orang yang sentiasa berada di jalan yang lurus.
Semoga dijauhkan daripada hidup berpaksikan hawa nafsu. Sebagai manusia yang matang, kita kena berfikir lebih dalam sebelum membuat sebarang kenyataan, perkongsian ataupun pendapat. Apa yang sesuai untuk dikongsikan ataupun tidak. Kadang-kadang takut juga kita salah pertimbangan.
Kalaulah masa boleh diulang, nescaya takkan ada manusia yang buat silap. Semua mudah je nak masuk syurga. Dunia ni lah tempat ujian, baik ujian dalam bentuk kesenangan, kesusahan, bahagia, derita. Semua tu ujian. Dalam quran banyak Allah ingatkan pasal sabar dan syukur. Benda mudah tapi susah nak aplikasikan dalam kehidupan. Manusia sifatnya lemah, mudah untuk jatuh bila sesuatu tak jadi seperti yg diharapkan. Walaupun kita nampak sesetengah orang tu kuat, berani, berharta dan berpangkat macam mana sekalipun, dia tetap akan bergantung kepada satu kuasa. Kalau kita Islam, mestilah kita bergantung kepada Allah. Allah je yang tahu baik buruk kita. Dengan manusia selalu kita akan sorok kekurangan dan tonjol kelebihan, yelah nak nampak kita ni bagus.