Saturday, March 23, 2024

Lurus

***Ali’Imran:67

“Ibrahim bukan Yahudi atau Nasrani..tapi dia adalah seorang yg lurus. Lagi berserah diri kepada Allah dan sekali-kali bukanlah dia termasuk golongan orang musyrik”


Lurus=jauh dari syirik dan kesesatan


***AliImran:95

“Maka ikutilah agama Ibrahim yang lurus”


Bila jujur, dikatanya lurus.

Bila berbohong, dikatanya penipu.

Padahal tak faham apa maksud lurus sebenarnya.


Bagusnya orang lurus ni. Orang akan tahu dia ni jenis susah nak menipu. Apa yang dia cakap tu betul lah tu. Lain pula dengan orang yang putar belit, apa sahaja dia cakap, orang susah nak percaya.


Tapi janganlah lurus sangat sampai semua benda kau nak cerita. Apa yang orang patut tahu, kau cerita. Apa yang tak perlu, rahsiakan lah. Yang makcik-makcik pun, dah kalau orang tak nak cerita tu, tak payah paksa ok?


Moga-moga kita termasuk dalam kalangan orang yang sentiasa berada di jalan yang lurus dan wafat dalam khusnul khotimah.