Monday, January 28, 2019

MBM

Menyepi sekejap sebab baru habis program khidmat masyarakat dekat Kampung Padang Tembak, Lumut. Kami kena pusing satu kampung, sembang dengan orang kampung berkenaan masalah ekonomi dan sosial dan daripada situ kita pilih untuk memberi bantuan dan sumbangan kepada yang memerlukan. Ada banyak aktiviti yang kita buat seperti pemetaan komuniti, tusyen rakyat, ceramah perdana, sukaneka, kenduri sekampung, turun sekolah menengah & rendah, srikandi dan banyak lagi. Sampai tak sempat nak jalan-jalan.

Masyarakat İslam di kampung okay tapi masih ada yang taksub dengan bomoh ni semua. Budak-budak kampung ni pun semua ramah, hari-hari bersemangat nak tusyen rakyat. (Pi tusyen pun mesti nak ikut kami jalan kaki sekali). Budak-budak ni mcm ada satu spirit kuat nak belajar tau. Mereka kebanyakannya tiada gajet sendiri dan kampung ni memang ramai penagih dadah (sekarang dah kurang sikit). Budak-budak sekolah melepak tengah mlm tepi rumah tu perkara biasa.

Aku rasa part paling sedih ialah di mana kami kena pi ziarah insis (bagi bantuan) dan ada satu rumah tu makcik (kurang pendengaran) & anak (lumpuh) dia je tinggal kat rumah. Sebak rasa dan terfikir jugak mcm mana mak cik tu boleh kuat nak jaga anak dia.

Ada juga satu rumah yang kami pi ni, anak dia 3 org. 2 oku pembelajaran dan 1 sakit.  Makcik tu pulak ada sakit jantung. Tak boleh kerja kuat. So dia terpaksa beli ubat sikit-sikit sebab tak mampu.

Rumah seterusnya. Sakit hati rasa. Anak-anak dia langsung tak hiraukan mak dia yang sakit. Walaupun kami ada kat situ. Dahla pakcik dah 2 tahun tak kerja sebab nak jaga mak cik.

Hmm sebenarnya banyak lagi nak cerita. Nantilah ehh.

Wednesday, January 16, 2019

Bila rupa jadi ukuran

Tak tahu nak happy ke sedih bila orang masih treat kita macam budak sekolah. Muka aku memang nampak tak matang, tapi kau jangan silap langkah dengan aku. Takut nanti kau dapat ***k. Haha.

Semalam aku dah decide yang aku takkan sambung belajar lagi. Cukup sampai di sini ku perjuangkan….😅

Tuesday, January 15, 2019

Last paper syndrome

Akhirnya exam dah habis! Last paper syndrome ni memang betul-betul menguji aku. Waktu tu lah lapar, ngantuk, pening, loya. Alhamdulilah selesai dah walaupun dah bau-bau hangit gorengan tadi. Yang penting dah habis, result helok ke tak belakang kira😆.

Aku tengok kawan-kawan yang lain dah habis exam semua layan drama dan movie. Aku pulak layan drama tengah exam. Sejenis yang tak boleh fokus belajar selagi tak habiskan drama. 

Aku ni dah lah mudah terganggu lagi-lagi kalau orang tarik beg kuat sampai satu blok dengar, lepas tu orang sebelah baca nota kuat-kuat macam kau sorang je nak belajar ekk.

Maka azam semester depan dah tak nak tangguh-tangguh belajar, rajin datang kuliah dan tutor.

Friday, January 11, 2019

Quranic Circle

Nak cerita pasal kisah ahli ibadah yang mati dalam keadaan kufur sebab terpedaya dengan hasutan syaitan. Mula-mula tergoda lepas tu berzina lepas tu bunuh-membunuh pulak. Macam mana boleh jadi macam tu? Sebab HATI. Hati kalau tak jaga betul-betul, susah! Kau baik mana sekalipun, kau buat amal banyak mana sekalipun, tapi kalau tak jaga hati tak guna!

Sebab hati adalah lapisan yang paling dalam sekali. Dia macam nucleus cell yang ada 3 lapisan tu. Lapisan yang paling dalam tu akidah dan iman, lepas tu lapisan luar tu baru nafsu, fikiran, akhlak, kelakuan dan sebagainya. Sebab tulah Rasulullah s.a.w mula berdakwah pun 13 tahun ajar akidah je, pastu baru ajar hukum, fiqh dan sebagainya. Sebab kalau tiada aqidah dan iman yang kuat, memang susah nak terima hukum Islam!

Tarbiyah pulak ada 2 jenis iaitu tarbiyah jamaiyyah (usrah, daurah, rehlah) dan tarbiyah dzatiyah (belajar agama sendiri)

Tarbiyah=pendidikan

Dalam proses nak menuntut ilmu kena ada bimbingan orang lain jugak, tak boleh belajar seorang diri.

Albaqarah:151 (Membacakan,menyucikan,mengajarkan)

Tujuan hidup

Pernah tak rasa stress sebab tengok orang lain lebih pandai, cantik, kaya, bahagia? Kenapa kita rasa rasa macam tu? Sebab kita compare hidup kita dengan orang tu, kita tengok orang yang lebih daripada kita, padahal ramai orang lain yang lagi susah daripada kita. Vibes Instagram macam tulah, people akan non-stop show off their wealthiness, happiness and so on. Not all you see on social media is the truth. The truth is how we live our life. Contoh: Bergambar di rumah mewah, tapi sebenarnya bukan rumah dia. Banyak travel sana sini, beli kereta mewah, tapi susahnya dia nak bayar komitmen tu bank je tahu. Kita selalu tengok apa yang ada depan mata kita je iaitu wahan (dunia) dan kita kena tahu itulah punca kegemilangan Islam jatuh dulu! Semua sebab wahan (cintakan dunia).

Tahu bukan senang nak istiqomah, nak selalu ingat pada Allah tapi kita kena usaha & tahan nafsu sebab Allah dah cakap carilah jalan untuk mendekatkan diri kepadaNya dan berjihadlah di jalanNya, bermakna dalam nak mencari hidayah tu kita kena berusaha guys bukan setakat usaha nak berjaya dekat dunia je, tapi dekat akhirat jugak. Dan kena ingat selalu dunia hanya SEMENTARA. Ramai orang tahu, tapi tak sedar. Ada riwayat hadis kata ramai orang sebenarnya tidur, diorang hanya terjaga bila di dalam kubur. Nauzubillah. Semoga kita dijauhkan.

Allah kata manusia diciptakan dengan 2 tujuan iaitu beribadah kepada Allah dan menjadi khalifah. Jadi, whatever we do, niat kerana Allah dan menegakkan kebenaran. Macam mana nak menegakkan kebenaran? Amar makruf nahi mungkar (melakukan kebaikan dan menjauhi kemungkaran). Buatlah kebaikan walau sebesar zarah. Walaupun kutip sampah tepi jalan pun dah dikira sebagai khalifah la tu.

Thursday, January 10, 2019

Jauh di sudut hati

Selalunya otw nak balik KL daripada Penang, mesti ada sahaja perkara yang terlintas dalam fikiran. Yang ni antara apa yang aku tulis waktu dalam perjalanan menaiki bas.

#1
Pada dirimu yang hatinya selalu berbelah bagi,
Runsing akan perkara yang belum terjadi,
Sibuk memikirkan perkara yang belum pasti,
Percayalah bahawa,
Ada bahagia yang tidak ternilai buatmu suatu hari nanti.

Bersyukurlah,
Dan janganlah kamu risau dan takut,
Kerna sesungguhnya rezekimu sudah ditetapkan olehNya.

#2
Bila ku jauh, selalu terkenang.
Bila ku dekat, selalu dibenci.
Bila ku tiada, baru disayangi.

Kadang-kala aku tertanya-tanya,
Kenapa Tuhan membolak-balik kan hati?
Sekejap rasa sayang, sekejap rasa benci.
Sekejap suka, sekejap tak suka.
Kita boleh jadi baik dalam sekelip mata.
Dan kita boleh jadi kejam dalam sekelip mata.
Dan anehnya, tanpa rasa sedar.

Aku baru sedar,
Yang selama ini aku ada penyakit,
Yang tidak suka diperhatikan,
Tidak suka menjadi tumpuan umum,
Yang hanya mahu bersendirian,
Dalam dunianya sendiri.
Aneh bukan,
Padahal manusia tidak boleh hidup bersendirian.

Satu saat,
Aku hampir putus asa,
Tatkala melihat orang lain lebih berjaya,
Aku selalu bertanya kepada Tuhan,
Bilakah pula rezeki aku?