Thursday, January 10, 2019

Jauh di sudut hati

Selalunya otw nak balik KL daripada Penang, mesti ada sahaja perkara yang terlintas dalam fikiran. Yang ni antara apa yang aku tulis waktu dalam perjalanan menaiki bas.

#1
Pada dirimu yang hatinya selalu berbelah bagi,
Runsing akan perkara yang belum terjadi,
Sibuk memikirkan perkara yang belum pasti,
Percayalah bahawa,
Ada bahagia yang tidak ternilai buatmu suatu hari nanti.

Bersyukurlah,
Dan janganlah kamu risau dan takut,
Kerna sesungguhnya rezekimu sudah ditetapkan olehNya.

#2
Bila ku jauh, selalu terkenang.
Bila ku dekat, selalu dibenci.
Bila ku tiada, baru disayangi.

Kadang-kala aku tertanya-tanya,
Kenapa Tuhan membolak-balik kan hati?
Sekejap rasa sayang, sekejap rasa benci.
Sekejap suka, sekejap tak suka.
Kita boleh jadi baik dalam sekelip mata.
Dan kita boleh jadi kejam dalam sekelip mata.
Dan anehnya, tanpa rasa sedar.

Aku baru sedar,
Yang selama ini aku ada penyakit,
Yang tidak suka diperhatikan,
Tidak suka menjadi tumpuan umum,
Yang hanya mahu bersendirian,
Dalam dunianya sendiri.
Aneh bukan,
Padahal manusia tidak boleh hidup bersendirian.

Satu saat,
Aku hampir putus asa,
Tatkala melihat orang lain lebih berjaya,
Aku selalu bertanya kepada Tuhan,
Bilakah pula rezeki aku?