Saturday, December 14, 2019

How to choose a leader

Aku merasakan kita semua tersilap memilih pemimpin.
Kita memilih berdasarkan apa yang kita mahu. 
Pemimpin yang mempunyai kelulusan luar negara, fasih berbahasa inggeris menjadi pilihan. Tapi kita lupa satu aspek yang sangat penting. Iaitu pemimpin yang berjiwa Islam.
Seharusnya, kita memilih pemimpin yang berani menentang penganiayaan terhadap Islam, seperti Sultan Abdul Hamid II. Pemimpin yang akan menegakkan Daulah Islam. Pemimpin yang sanggup mati demi memperjuangkan Islam. Pemimpin sebeginilah yang akan mempengaruhi rakyatnya untuk sama-sama berjuang demi Islam. Adanya pemimpin yang kuat, insyaAllah rakyatnya akan kuat. Apabila pemimpinnya pun tidak berani menentang penganiayaan terhadap Islam, maka rakyatnya pun begitulah. Akhirnya, mereka menjadi lemah. Sebab apa? Sebab dari awal lagi pemimpin kita sudah dibasuhkan dengan pendidikan Inggeris (Tunku Abdul Rahman).