Thursday, April 11, 2019

Tanggungjawab

Bila cakap pasal tanggungjawab ramai orang tak sedar yang dia bukan sahaja brtanggungjawab kepada orang atasan tapi bertanggungjawab juga kepada orang bawahan. Tak guna kalau bab ibadah perfect tapi suka menyakitkan hati orang. Kau rasa kau dah cukup baik bila solat puasa tak tinggal, tutup aurat sempurna, jaga pergaulan, etc. Tapi kau lupa hubungan dengan manusia pun kena jaga. Sebab manusia bukan tuhan. Dia ada emosi, hati, perasaan.

Tolak ansur

Bila sembang pasal kerenah manusia, macam-macam perangai ada. Jenis suka tak bagi signal, cakap putar belit, suka buat wayang, sombong dan suka pandang rendah dekat orang lain, tapi yang paling bahaya sekali mulut takde insurans! 

Tak tahan-jauhkan diri daripada dia atau elak berjumpa dengan kerap.
Terpaksa berhadapan dengan dia-buat tak layan atau bidas balik apa dia kata (dengan berdiplomasi la)

Senang kan? Asalkan ada rasa saling hormat menghormati. Jangan sebab benda kecil, nak putuskan silaturrahim. Dia tu keluarga dan saudara kita. Hidup ni solusinya kau kena berhadapan dengan masalah dan kejahatan walaupun kau tak tahan. Mungkin kau tak nampak faedah kau buat macam tu sekarang, tapi kau akan nampak nanti. Macam kisah Rasulullah s.a.w dalam perjanjian damai kaabah.

Wednesday, April 10, 2019

Orang masjid

Kenapa bila sebut pasal solat,kita selalu kaitkan dengan orang masjid? Kenapa nak bandingkan perangai orang yang solat dengan kewajiban kita untuk solat tu sendiri? Asal orang nak buat baik, memperlekeh orang. Janganlah macam tu. Setiap hari adalah ruang untuk memperbaiki diri. Jangan bagi alasan awak tak solat sebab perangai orang masjid pun takdelah semenggah mana. Kita ni solat sebab Tuhan, bukan manusia.


Reminder #3

Your choice of spouse shapes your future. That’s why before married, find yourself first.

Kesilapan orang sekarang ialah bila dia pilih pasangan berdasarkan emosi. 

Wayang

Lakonan tetap lakonan, walaupun dikatakan adaptasi daripada kisah sebenar. Ia hanyalah sebuah filem atau drama yang bila dah habis, orang akan lupa. Mungkin bila kita tengok suatu cerita yang menginsafkan, kita akan insaf waktu tu. Sebenarnya bukanlah cerita yang menjadikan kita insaf, it goes back to our iman.

Masyarakat sekarang pun tak kurangnya suka wayang. Baik di hadapan, mengata di belakang. Baik dengan sesetengah orang, zalim dengan sesetengah orang. Bukan main dengan orang kaya dan berpangkat tinggi layanan terbaik tetapi dengan orang bawahan layan seperti hamba abdi. Orang baik dia tak memilih dalam bergaul dan berkawan. Depan budak pandai dan terkenal, puji macam-macam. Depan orang yang tak berapa nak pandai dan semua orang tak kenal, layan nak tak nak je.

Orang yang kuat mengampu dan kaki kipas ni, akhirnya dia tak ke mana pun. Sebab dia mengharap manusia, bukan Tuhan. 

Penat

Bila kita tengok mak ayah kita, kerja awal pagi balik lewat malam untuk mencari nafkah - sediakan makanan, pakaian, tempat tinggal yang selesa. Kau ingat hidup ni senang ke. Semua benda perlukan pengorbanan. Penat dan letih. Dengan kerja menimbun, ditambah pula dengan ragam orang-orang di pejabat. Tapi harapnya penat dan letih itu bukan sia-sia. Semuanya bermula daripada niat. Apa yang kita niat itulah, kita akan dapat. 

Hidup bukan sekadar pergi kerja, balik kerja, makan, buang air, tidur. Kita ada tanggungjawab. Ingat balik tujuan hidup kita. Menjadi hamba Allah dan Khalifah. Tuhan nombor 1, kerja nombor 2. Kadang-kadang kita nak kerja mudah, gabung solat zohor dan asar sebab senang tak payah cuci makeup banyak kali. 

Aku perasan ramai perempuan zaman sekarang ni makeup tebal. Ada yang solat, ada yang tak. Jadi perempuan ni, berat sangat nak jaga solat. Kena touchup tudung dan makeup balik lepas solat. Kalau kita jadi perempuan yang masih menitikberatkan solat despite of all the challenges..alhamdulillah moga istiqomah.

MLM

Kali ni aku nak bidas geng network marketing yang berlambak sekarang ni - berselindung di sebalik jualan makanan kesihatan dan produk-produk lain. Aku nasihatkan kepada orang-orang susah di luar sana, jangan tunjuk kesusahan anda pada mereka. Mereka akan ambil kesempatan dengan kesusahan kita untuk keuntungan mereka. Hakikatnya menyertai pernigaan ini akan membuatkan hidup anda bertambah susah kalau anda tiada sebarang modal/networking/kemahiran berniaga. Penipu kalau orang kata pernigaan tanpa modal. Mereka juga menjaja cerita travel untuk menarik minat anda menyertai pernigaan mereka. Padahal kalau anda perhatikan kehidupan mereka ni, tidaklah mewah mana pun. Ramai follower dekat media sosial tu pun semua fake. Paksa orang komen gambar dia. Paksa orang up post barang-barang jualan dia. Kadang tu review yang mereka post tu, orang lain punya review. Acah sembang waktu mula-mula nak suruh kita ni join team dia, “Kau tak payah modal, ikut sahaja cakap aku.” Padahal orang-orang macam ni tak ramai kawan, kawan selalu bertukar-tukar. Bila jumpa orang baru kenal pun minta nombor telefon. Nampak sangat nak bergaul sebab nak meniaga je. Lepas tu menggunakan ayat-ayat seolah memaksa atau memerli jika orang tak join team dia. Macam mana hidup nak berkat kalau asyik menipu dan memaksa orang? Macam mana nak jawab dengan Tuhan esok? Berniagalah dengan jujur dan ikhlas.

Kalau anda nak berniaga pun, cakap elok-elok. Be genuine and honest. Jangan paksa orang. Orang takkan marah dekat kau. Kau takkan merangkak cari orang ni dekat mahsyar esok. Sebab kau dah cakap jujur tentang pengalaman kau dan tak paksa orang tu join team kau kalau orang tu tak mampu. Itulah sebaik-baik cara meniaga. Barulah perniagaan berkat dan berkembang, insyaAllah.

Ilmu

Ilmu ni umpama lautan yang luas. Makin kau cari, makin banyak. Makin kau sebarkan, makin berkembang. Orang sekarang ni otak makin membesar, hati makin mengecil. Kau rasa seimbang ke? Ilmu yang ada tu tak meresap ke dalam hati dan dibuahkan dengan amal. Semuanya fikir nak sumbat je. Tak kisah perangai macam harey, tapi kau kena bijak baru boleh berjaya dan orang akan hormat kau. Adakah itu satu-satunya matlamat dalam hidup kita ni? Kalau ya, ada masalah pada pemikiran dan niat kau. Orang sekarang semua berlumba nak jadi bijak, bila jumpa dengan orang bodoh, dia akan pandang rendah, berlagak macam dia seorang tahu segala-galanya.

Orang sekarang ni asyik nak share benda gempak, berita baru dan sensasi. Walaupun maklumat tu kita tak tahu sejauh mana kesahihannya. Jangan sampai nanti akhirat merangkak nak minta maaf dekat orang lain disebabkan post yang kita kongsi tu. Zaman ni mudah je nak buat dosa. Semua melalui media sosial. Satu je nasihat aku, jangan terlalu cepat mmpercayai atau menerima sesuatu. Selidik dahulu kebenarannya. Kalau tak pasti, tak payah ambil tahu.

Pilih bulu

Semua orang hari ni, bila berjumpa dan bersembang, isu semasa nombor 1. Tak mengikuti perkembangan semasa kiranya macam kau agak ketinggalan zaman dan orang tak berminat nak sembang dengan kau. Lagi-lagi kalau kau jenis yang rancak sembang, sampai ketepikan adab. Terkeluar ayat-ayat yang tak sepatutnya (carutan, shaming, lucah, etc). Apa yang keluar daripada mulut adalah pantulan hati. Kalau kau sejenis cakap sopan santun, lemah lembut, tak membawang, orang jadi takut nak berkawan sebab kau baik sangat. Ramai orang sekarang ni nak jaga standard, nak berkawan dengan orang kaya dan terkenal je. Hmm kau pun biasa-biasa je.