Ilmu ni umpama lautan yang luas. Makin kau cari, makin banyak. Makin kau sebarkan, makin berkembang. Orang sekarang ni otak makin membesar, hati makin mengecil. Kau rasa seimbang ke? Ilmu yang ada tu tak meresap ke dalam hati dan dibuahkan dengan amal. Semuanya fikir nak sumbat je. Tak kisah perangai macam harey, tapi kau kena bijak baru boleh berjaya dan orang akan hormat kau. Adakah itu satu-satunya matlamat dalam hidup kita ni? Kalau ya, ada masalah pada pemikiran dan niat kau. Orang sekarang semua berlumba nak jadi bijak, bila jumpa dengan orang bodoh, dia akan pandang rendah, berlagak macam dia seorang tahu segala-galanya.
Orang sekarang ni asyik nak share benda gempak, berita baru dan sensasi. Walaupun maklumat tu kita tak tahu sejauh mana kesahihannya. Jangan sampai nanti akhirat merangkak nak minta maaf dekat orang lain disebabkan post yang kita kongsi tu. Zaman ni mudah je nak buat dosa. Semua melalui media sosial. Satu je nasihat aku, jangan terlalu cepat mmpercayai atau menerima sesuatu. Selidik dahulu kebenarannya. Kalau tak pasti, tak payah ambil tahu.