Kali ni aku nak bidas geng network marketing yang berlambak sekarang ni - berselindung di sebalik jualan makanan kesihatan dan produk-produk lain. Aku nasihatkan kepada orang-orang susah di luar sana, jangan tunjuk kesusahan anda pada mereka. Mereka akan ambil kesempatan dengan kesusahan kita untuk keuntungan mereka. Hakikatnya menyertai pernigaan ini akan membuatkan hidup anda bertambah susah kalau anda tiada sebarang modal/networking/kemahiran berniaga. Penipu kalau orang kata pernigaan tanpa modal. Mereka juga menjaja cerita travel untuk menarik minat anda menyertai pernigaan mereka. Padahal kalau anda perhatikan kehidupan mereka ni, tidaklah mewah mana pun. Ramai follower dekat media sosial tu pun semua fake. Paksa orang komen gambar dia. Paksa orang up post barang-barang jualan dia. Kadang tu review yang mereka post tu, orang lain punya review. Acah sembang waktu mula-mula nak suruh kita ni join team dia, “Kau tak payah modal, ikut sahaja cakap aku.” Padahal orang-orang macam ni tak ramai kawan, kawan selalu bertukar-tukar. Bila jumpa orang baru kenal pun minta nombor telefon. Nampak sangat nak bergaul sebab nak meniaga je. Lepas tu menggunakan ayat-ayat seolah memaksa atau memerli jika orang tak join team dia. Macam mana hidup nak berkat kalau asyik menipu dan memaksa orang? Macam mana nak jawab dengan Tuhan esok? Berniagalah dengan jujur dan ikhlas.
Kalau anda nak berniaga pun, cakap elok-elok. Be genuine and honest. Jangan paksa orang. Orang takkan marah dekat kau. Kau takkan merangkak cari orang ni dekat mahsyar esok. Sebab kau dah cakap jujur tentang pengalaman kau dan tak paksa orang tu join team kau kalau orang tu tak mampu. Itulah sebaik-baik cara meniaga. Barulah perniagaan berkat dan berkembang, insyaAllah.