Saturday, December 14, 2019

Ketua

Aku merasakan kita semua tersilap memilih pemimpin.
Kita memilih berdasarkan apa yang kita mahu. 
Pemimpin yang mempunyai kelulusan luar negara, fasih berbahasa inggeris menjadi pilihan. Tapi kita lupa satu aspek yang sangat penting. Iaitu pemimpin yang berjiwa Islam. Seharusnya, kita memilih pemimpin yang berani menentang penganiayaan terhadap Islam, seperti Sultan Abdul Hamid II. Pemimpin yang akan menegakkan Daulah Islam. Pemimpin yang sanggup mati demi memperjuangkan Islam. Pemimpin sebeginilah yang akan mempengaruhi rakyatnya untuk sama-sama berjuang demi Islam. Adanya pemimpin yang kuat, insyaAllah rakyatnya akan kuat. Apabila pemimpinnya pun tidak berani menentang penganiayaan terhadap Islam, maka rakyatnya pun begitulah. Akhirnya, mereka menjadi lemah. Sebab apa? Sebab dari awal lagi pemimpin kita sudah dibasuhkan dengan pendidikan Inggeris (Tunku Abdul Rahman). 

Thursday, April 11, 2019

Tanggungjawab

Bila cakap pasal tanggungjawab ramai orang tak sedar yang dia bukan sahaja brtanggungjawab kepada orang atasan tapi bertanggungjawab juga kepada orang bawahan. Tak guna kalau bab ibadah perfect tapi suka menyakitkan hati orang. Kau rasa kau dah cukup baik bila solat puasa tak tinggal, tutup aurat sempurna, jaga pergaulan, etc. Tapi kau lupa hubungan dengan manusia pun kena jaga. Sebab manusia bukan tuhan. Dia ada emosi, hati, perasaan.

Tolak ansur

Bila sembang pasal kerenah manusia, macam-macam perangai ada. Jenis suka tak bagi signal, cakap putar belit, suka buat wayang, sombong dan suka pandang rendah dekat orang lain, tapi yang paling bahaya sekali mulut takde insurans! 

Tak tahan-jauhkan diri daripada dia atau elak berjumpa dengan kerap.
Terpaksa berhadapan dengan dia-buat tak layan atau bidas balik apa dia kata (dengan berdiplomasi la)

Senang kan? Asalkan ada rasa saling hormat menghormati. Jangan sebab benda kecil, nak putuskan silaturrahim. Dia tu keluarga dan saudara kita. Hidup ni solusinya kau kena berhadapan dengan masalah dan kejahatan walaupun kau tak tahan. Mungkin kau tak nampak faedah kau buat macam tu sekarang, tapi kau akan nampak nanti. Macam kisah Rasulullah s.a.w dalam perjanjian damai kaabah.

Wednesday, April 10, 2019

Orang masjid

Kenapa bila sebut pasal solat,kita selalu kaitkan dengan orang masjid? Kenapa nak bandingkan perangai orang yang solat dengan kewajiban kita untuk solat tu sendiri? Asal orang nak buat baik, memperlekeh orang. Janganlah macam tu. Setiap hari adalah ruang untuk memperbaiki diri. Jangan bagi alasan awak tak solat sebab perangai orang masjid pun takdelah semenggah mana. Kita ni solat sebab Tuhan, bukan manusia.


Reminder #3

Your choice of spouse shapes your future. That’s why before married, find yourself first.

Kesilapan orang sekarang ialah bila dia pilih pasangan berdasarkan emosi. 

Wayang

Lakonan tetap lakonan, walaupun dikatakan adaptasi daripada kisah sebenar. Ia hanyalah sebuah filem atau drama yang bila dah habis, orang akan lupa. Mungkin bila kita tengok suatu cerita yang menginsafkan, kita akan insaf waktu tu. Sebenarnya bukanlah cerita yang menjadikan kita insaf, it goes back to our iman.

Masyarakat sekarang pun tak kurangnya suka wayang. Baik di hadapan, mengata di belakang. Baik dengan sesetengah orang, zalim dengan sesetengah orang. Bukan main dengan orang kaya dan berpangkat tinggi layanan terbaik tetapi dengan orang bawahan layan seperti hamba abdi. Orang baik dia tak memilih dalam bergaul dan berkawan. Depan budak pandai dan terkenal, puji macam-macam. Depan orang yang tak berapa nak pandai dan semua orang tak kenal, layan nak tak nak je.

Orang yang kuat mengampu dan kaki kipas ni, akhirnya dia tak ke mana pun. Sebab dia mengharap manusia, bukan Tuhan. 

Penat

Bila kita tengok mak ayah kita, kerja awal pagi balik lewat malam untuk mencari nafkah - sediakan makanan, pakaian, tempat tinggal yang selesa. Kau ingat hidup ni senang ke. Semua benda perlukan pengorbanan. Penat dan letih. Dengan kerja menimbun, ditambah pula dengan ragam orang-orang di pejabat. Tapi harapnya penat dan letih itu bukan sia-sia. Semuanya bermula daripada niat. Apa yang kita niat itulah, kita akan dapat. 

Hidup bukan sekadar pergi kerja, balik kerja, makan, buang air, tidur. Kita ada tanggungjawab. Ingat balik tujuan hidup kita. Menjadi hamba Allah dan Khalifah. Tuhan nombor 1, kerja nombor 2. Kadang-kadang kita nak kerja mudah, gabung solat zohor dan asar sebab senang tak payah cuci makeup banyak kali. 

Aku perasan ramai perempuan zaman sekarang ni makeup tebal. Ada yang solat, ada yang tak. Jadi perempuan ni, berat sangat nak jaga solat. Kena touchup tudung dan makeup balik lepas solat. Kalau kita jadi perempuan yang masih menitikberatkan solat despite of all the challenges..alhamdulillah moga istiqomah.

MLM

Kali ni aku nak bidas geng network marketing yang berlambak sekarang ni - berselindung di sebalik jualan makanan kesihatan dan produk-produk lain. Aku nasihatkan kepada orang-orang susah di luar sana, jangan tunjuk kesusahan anda pada mereka. Mereka akan ambil kesempatan dengan kesusahan kita untuk keuntungan mereka. Hakikatnya menyertai pernigaan ini akan membuatkan hidup anda bertambah susah kalau anda tiada sebarang modal/networking/kemahiran berniaga. Penipu kalau orang kata pernigaan tanpa modal. Mereka juga menjaja cerita travel untuk menarik minat anda menyertai pernigaan mereka. Padahal kalau anda perhatikan kehidupan mereka ni, tidaklah mewah mana pun. Ramai follower dekat media sosial tu pun semua fake. Paksa orang komen gambar dia. Paksa orang up post barang-barang jualan dia. Kadang tu review yang mereka post tu, orang lain punya review. Acah sembang waktu mula-mula nak suruh kita ni join team dia, “Kau tak payah modal, ikut sahaja cakap aku.” Padahal orang-orang macam ni tak ramai kawan, kawan selalu bertukar-tukar. Bila jumpa orang baru kenal pun minta nombor telefon. Nampak sangat nak bergaul sebab nak meniaga je. Lepas tu menggunakan ayat-ayat seolah memaksa atau memerli jika orang tak join team dia. Macam mana hidup nak berkat kalau asyik menipu dan memaksa orang? Macam mana nak jawab dengan Tuhan esok? Berniagalah dengan jujur dan ikhlas.

Kalau anda nak berniaga pun, cakap elok-elok. Be genuine and honest. Jangan paksa orang. Orang takkan marah dekat kau. Kau takkan merangkak cari orang ni dekat mahsyar esok. Sebab kau dah cakap jujur tentang pengalaman kau dan tak paksa orang tu join team kau kalau orang tu tak mampu. Itulah sebaik-baik cara meniaga. Barulah perniagaan berkat dan berkembang, insyaAllah.

Ilmu

Ilmu ni umpama lautan yang luas. Makin kau cari, makin banyak. Makin kau sebarkan, makin berkembang. Orang sekarang ni otak makin membesar, hati makin mengecil. Kau rasa seimbang ke? Ilmu yang ada tu tak meresap ke dalam hati dan dibuahkan dengan amal. Semuanya fikir nak sumbat je. Tak kisah perangai macam harey, tapi kau kena bijak baru boleh berjaya dan orang akan hormat kau. Adakah itu satu-satunya matlamat dalam hidup kita ni? Kalau ya, ada masalah pada pemikiran dan niat kau. Orang sekarang semua berlumba nak jadi bijak, bila jumpa dengan orang bodoh, dia akan pandang rendah, berlagak macam dia seorang tahu segala-galanya.

Orang sekarang ni asyik nak share benda gempak, berita baru dan sensasi. Walaupun maklumat tu kita tak tahu sejauh mana kesahihannya. Jangan sampai nanti akhirat merangkak nak minta maaf dekat orang lain disebabkan post yang kita kongsi tu. Zaman ni mudah je nak buat dosa. Semua melalui media sosial. Satu je nasihat aku, jangan terlalu cepat mmpercayai atau menerima sesuatu. Selidik dahulu kebenarannya. Kalau tak pasti, tak payah ambil tahu.

Pilih bulu

Semua orang hari ni, bila berjumpa dan bersembang, isu semasa nombor 1. Tak mengikuti perkembangan semasa kiranya macam kau agak ketinggalan zaman dan orang tak berminat nak sembang dengan kau. Lagi-lagi kalau kau jenis yang rancak sembang, sampai ketepikan adab. Terkeluar ayat-ayat yang tak sepatutnya (carutan, shaming, lucah, etc). Apa yang keluar daripada mulut adalah pantulan hati. Kalau kau sejenis cakap sopan santun, lemah lembut, tak membawang, orang jadi takut nak berkawan sebab kau baik sangat. Ramai orang sekarang ni nak jaga standard, nak berkawan dengan orang kaya dan terkenal je. Hmm kau pun biasa-biasa je.

Friday, March 15, 2019

Ikhlas

Kenapa kita selalu salahkan orang lain atas perubahan sikap kita? Kita stress sebab si fulan dan si fulan. Contohnya macam aku stress lah asyik nak kena kemas rumah je, yang lain tak reti nak menolong. Menuding jari bukan suatu penyelesaian. Kalau awak rasa penat dan tak larat, tak payah mengemas dan memasak. Jangan paksa diri. Ya saya faham, awak tak boleh tengok rumah bersepah. Awak jadi serabut dan pening. Kalau awak betul-betul nak kemas rumah, pastikan buat dengan ikhlas.

Tuesday, March 5, 2019

Rezeki

Siapalah aku untuk mempersoalkan rezeki Allah kepadaku.
Terlalu banyak nikmat yang diberi kepadaku.

Friday, February 15, 2019

Hijrah

Dalam nak mencari ketenangan dan kedamaian, carilah Islam. Islam bermaksud sejahtera dan tenang. Allah akan menolong orang-orang yang sentiasa mencari jalan untuk dekatkan diri kepadaNya. Jangan sombong sebab orang-orang yang tak mengharapkan pertemuan denganNya, Allah akan biarkan dia terus dalam kesesatan. Allah akan tolong jika kita mencari (dengan berusaha). Itu pentingnya istiqamah. Apabila jatuh, bangkit balik. Jatuh lagi, bangkit lagi.

Mihrab

Cuti semester ni aku rasa macam dah ke arah futur. Kurang mengaji, tengok ceramah dan baca buku. Tak produktif lah senang kata. Mungkin salah satu faktornya sebab tiada mihrab dalam rumah. Tak baca quran, tak solat, tiada didikan tentang Islam, tiada satu tempat khusus untuk dakwah dalam rumah.

Dakwah=mengajak orang mendekatkan diri kepada Allah

Thursday, February 7, 2019

22 and clueless

Aku sedar yang kebanyakan kawan-kawan sekolah, matrik dan universiti dah berjaya. Ada yang dah graduate, sambung master, kerja dan kahwin. Sementara aku masih belajar dalam bidang yang makin lama makin aku tak minat sebab aku rasa susah. Aku tak tahulah nanti nak kerja apa. Aku rasa macam tiada harapan nak kerja dalam bidang yang aku belajar sekarang. Cuma fikir nak bayar balik hutang study je. Setahun lebih lagi nak habis. Malas nak bergaul. Kalau boleh nak buat hal sendiri je. Tak nak berjumpa dengan orang.

Monday, January 28, 2019

MBM

Menyepi sekejap sebab baru habis program khidmat masyarakat dekat Kampung Padang Tembak, Lumut. Kami kena pusing satu kampung, sembang dengan orang kampung berkenaan masalah ekonomi dan sosial dan daripada situ kita pilih untuk memberi bantuan dan sumbangan kepada yang memerlukan. Ada banyak aktiviti yang kita buat seperti pemetaan komuniti, tusyen rakyat, ceramah perdana, sukaneka, kenduri sekampung, turun sekolah menengah & rendah, srikandi dan banyak lagi. Sampai tak sempat nak jalan-jalan.

Masyarakat İslam di kampung okay tapi masih ada yang taksub dengan bomoh ni semua. Budak-budak kampung ni pun semua ramah, hari-hari bersemangat nak tusyen rakyat. (Pi tusyen pun mesti nak ikut kami jalan kaki sekali). Budak-budak ni mcm ada satu spirit kuat nak belajar tau. Mereka kebanyakannya tiada gajet sendiri dan kampung ni memang ramai penagih dadah (sekarang dah kurang sikit). Budak-budak sekolah melepak tengah mlm tepi rumah tu perkara biasa.

Aku rasa part paling sedih ialah di mana kami kena pi ziarah insis (bagi bantuan) dan ada satu rumah tu makcik (kurang pendengaran) & anak (lumpuh) dia je tinggal kat rumah. Sebak rasa dan terfikir jugak mcm mana mak cik tu boleh kuat nak jaga anak dia.

Ada juga satu rumah yang kami pi ni, anak dia 3 org. 2 oku pembelajaran dan 1 sakit.  Makcik tu pulak ada sakit jantung. Tak boleh kerja kuat. So dia terpaksa beli ubat sikit-sikit sebab tak mampu.

Rumah seterusnya. Sakit hati rasa. Anak-anak dia langsung tak hiraukan mak dia yang sakit. Walaupun kami ada kat situ. Dahla pakcik dah 2 tahun tak kerja sebab nak jaga mak cik.

Hmm sebenarnya banyak lagi nak cerita. Nantilah ehh.

Wednesday, January 16, 2019

Bila rupa jadi ukuran

Tak tahu nak happy ke sedih bila orang masih treat kita macam budak sekolah. Muka aku memang nampak tak matang, tapi kau jangan silap langkah dengan aku. Takut nanti kau dapat ***k. Haha.

Semalam aku dah decide yang aku takkan sambung belajar lagi. Cukup sampai di sini ku perjuangkan….😅

Tuesday, January 15, 2019

Last paper syndrome

Akhirnya exam dah habis! Last paper syndrome ni memang betul-betul menguji aku. Waktu tu lah lapar, ngantuk, pening, loya. Alhamdulilah selesai dah walaupun dah bau-bau hangit gorengan tadi. Yang penting dah habis, result helok ke tak belakang kira😆.

Aku tengok kawan-kawan yang lain dah habis exam semua layan drama dan movie. Aku pulak layan drama tengah exam. Sejenis yang tak boleh fokus belajar selagi tak habiskan drama. 

Aku ni dah lah mudah terganggu lagi-lagi kalau orang tarik beg kuat sampai satu blok dengar, lepas tu orang sebelah baca nota kuat-kuat macam kau sorang je nak belajar ekk.

Maka azam semester depan dah tak nak tangguh-tangguh belajar, rajin datang kuliah dan tutor.

Friday, January 11, 2019

Quranic Circle

Nak cerita pasal kisah ahli ibadah yang mati dalam keadaan kufur sebab terpedaya dengan hasutan syaitan. Mula-mula tergoda lepas tu berzina lepas tu bunuh-membunuh pulak. Macam mana boleh jadi macam tu? Sebab HATI. Hati kalau tak jaga betul-betul, susah! Kau baik mana sekalipun, kau buat amal banyak mana sekalipun, tapi kalau tak jaga hati tak guna!

Sebab hati adalah lapisan yang paling dalam sekali. Dia macam nucleus cell yang ada 3 lapisan tu. Lapisan yang paling dalam tu akidah dan iman, lepas tu lapisan luar tu baru nafsu, fikiran, akhlak, kelakuan dan sebagainya. Sebab tulah Rasulullah s.a.w mula berdakwah pun 13 tahun ajar akidah je, pastu baru ajar hukum, fiqh dan sebagainya. Sebab kalau tiada aqidah dan iman yang kuat, memang susah nak terima hukum Islam!

Tarbiyah pulak ada 2 jenis iaitu tarbiyah jamaiyyah (usrah, daurah, rehlah) dan tarbiyah dzatiyah (belajar agama sendiri)

Tarbiyah=pendidikan

Dalam proses nak menuntut ilmu kena ada bimbingan orang lain jugak, tak boleh belajar seorang diri.

Albaqarah:151 (Membacakan,menyucikan,mengajarkan)

Tujuan hidup

Pernah tak rasa stress sebab tengok orang lain lebih pandai, cantik, kaya, bahagia? Kenapa kita rasa rasa macam tu? Sebab kita compare hidup kita dengan orang tu, kita tengok orang yang lebih daripada kita, padahal ramai orang lain yang lagi susah daripada kita. Vibes Instagram macam tulah, people akan non-stop show off their wealthiness, happiness and so on. Not all you see on social media is the truth. The truth is how we live our life. Contoh: Bergambar di rumah mewah, tapi sebenarnya bukan rumah dia. Banyak travel sana sini, beli kereta mewah, tapi susahnya dia nak bayar komitmen tu bank je tahu. Kita selalu tengok apa yang ada depan mata kita je iaitu wahan (dunia) dan kita kena tahu itulah punca kegemilangan Islam jatuh dulu! Semua sebab wahan (cintakan dunia).

Tahu bukan senang nak istiqomah, nak selalu ingat pada Allah tapi kita kena usaha & tahan nafsu sebab Allah dah cakap carilah jalan untuk mendekatkan diri kepadaNya dan berjihadlah di jalanNya, bermakna dalam nak mencari hidayah tu kita kena berusaha guys bukan setakat usaha nak berjaya dekat dunia je, tapi dekat akhirat jugak. Dan kena ingat selalu dunia hanya SEMENTARA. Ramai orang tahu, tapi tak sedar. Ada riwayat hadis kata ramai orang sebenarnya tidur, diorang hanya terjaga bila di dalam kubur. Nauzubillah. Semoga kita dijauhkan.

Allah kata manusia diciptakan dengan 2 tujuan iaitu beribadah kepada Allah dan menjadi khalifah. Jadi, whatever we do, niat kerana Allah dan menegakkan kebenaran. Macam mana nak menegakkan kebenaran? Amar makruf nahi mungkar (melakukan kebaikan dan menjauhi kemungkaran). Buatlah kebaikan walau sebesar zarah. Walaupun kutip sampah tepi jalan pun dah dikira sebagai khalifah la tu.

Thursday, January 10, 2019

Jauh di sudut hati

Selalunya otw nak balik KL daripada Penang, mesti ada sahaja perkara yang terlintas dalam fikiran. Yang ni antara apa yang aku tulis waktu dalam perjalanan menaiki bas.

#1
Pada dirimu yang hatinya selalu berbelah bagi,
Runsing akan perkara yang belum terjadi,
Sibuk memikirkan perkara yang belum pasti,
Percayalah bahawa,
Ada bahagia yang tidak ternilai buatmu suatu hari nanti.

Bersyukurlah,
Dan janganlah kamu risau dan takut,
Kerna sesungguhnya rezekimu sudah ditetapkan olehNya.

#2
Bila ku jauh, selalu terkenang.
Bila ku dekat, selalu dibenci.
Bila ku tiada, baru disayangi.

Kadang-kala aku tertanya-tanya,
Kenapa Tuhan membolak-balik kan hati?
Sekejap rasa sayang, sekejap rasa benci.
Sekejap suka, sekejap tak suka.
Kita boleh jadi baik dalam sekelip mata.
Dan kita boleh jadi kejam dalam sekelip mata.
Dan anehnya, tanpa rasa sedar.

Aku baru sedar,
Yang selama ini aku ada penyakit,
Yang tidak suka diperhatikan,
Tidak suka menjadi tumpuan umum,
Yang hanya mahu bersendirian,
Dalam dunianya sendiri.
Aneh bukan,
Padahal manusia tidak boleh hidup bersendirian.

Satu saat,
Aku hampir putus asa,
Tatkala melihat orang lain lebih berjaya,
Aku selalu bertanya kepada Tuhan,
Bilakah pula rezeki aku?